CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1192|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Penipuan pelaburan dalam talian membimbangkan

[Copy link]
Post time 8-11-2023 12:14 PM | Show all posts |Read mode

RAMLI, gambar fail. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 131 kes penipuan pelaburan bagi tempoh 23 hingga 29 Oktober lalu dengan nilai kerugian RM9,784,774.95.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, angka kes dan kerugian ini lebih rendah berbanding minggu sebelumnya - 16 hingga 22 Oktober lalu - yang mencatatkan 166 kes membabitkan kerugian RM33,738,583.41.

Menurutnya, daripada 131 kes yang dicatatkan, 120 kes membabitkan pelaburan yang dilakukan secara dalam talian, 10 kes membabitkan pelaburan secara bersemuka dan satu kes berkaitan pusat panggilan penipuan pelaburan.

"Berdasarkan statistik ini, dapat dilihat 91.6 peratus kes penipuan pelaburan adalah membabitkan pelaburan secara dalam talian, yang sebahagian besarnya adalah bermula daripada media sosial.



"Oleh yang demikian, PDRM ingin mengingatkan semua pengguna media sosial untuk menjadi pengguna yang bijak dan tidak sewenang-wenangnya mempercayai apa jua tawaran yang diperoleh secara maya," katanya kepada Harian Metro.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... alian-membimbangkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.040352 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list