View: 1567|Reply: 0
|
[Terengganu]
Kes tikam mati 15 kali, reman peniaga wanita disambung lagi
[Copy link]
|
|
Reman peniaga disambung tujuh hari lagi sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita warga emas di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu, Kuala Berang. Foto
Kuala Terengganu: Tempoh reman seorang peniaga disambung tujuh hari lagi bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita warga emas di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu, Kuala Berang, 1 November lalu.
Perintah reman terhadap suspek wanita berusia 35 tahun itu dikeluarkan Majistret Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula semalam.
Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, suami suspek berusia 37 tahun yang bekerja sebagai mekanik dibebaskan dengan jaminan polis.
Sebelum ini, pasangan suami isteri itu direman selama tujuh hari bermula 2 November lalu namun polis memohon lanjutan reman terhadap suspek wanita bagi membolehkan siasatan dijalankan selepas tempoh reman berakhir hari ini.
Media sebelum ini melaporkan seorang peniaga wanita ditemui mati dengan 15 kesan tikaman di bahagian badan di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu, Kuala Berang.
Mayat berusia 65 tahun ditemui pengawal keselamatan di dalam longkang di kawasan berkenaan pada jam 4.35 pagi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nita-disambung-lagi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|