CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1614|Reply: 0

[Kelantan] Putus tangan akibat kemalangan bas, kini diganti tangan baharu

[Copy link]
Post time 8-11-2023 01:50 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Amiruddin yang kehilangan tangan kanan akibat kemalangan sejak lebih enam bulan lalu tercapai apabila dia menerima tangan palsu di Program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia peringkat Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Impian seorang pemandu bas yang kehilangan tangan kanan sejak lebih enam bulan lalu akibat kecelakaan jalan raya tercapai apabila dia akhirnya menerima tangan palsu.

Pemandu bas terbabit, Mohd Amiruddin Azhar, 27, bersyukur apabila impiannya untuk memiliki tangan palsu tertunai.

Katanya, dia kehilangan tangan kanan dari paras siku ke bawah selepas terbabit kemalangan jalan raya membabitkan bas dipandu dan lori pada 15 April lalu.

"Ketika itu saya memandu bas dari Kota Bharu menuju ke Jerteh, Terengganu dengan membawa enam penumpang sebelum terbabit kemalangan di Kampung Aman, Pasir Puteh.


"Akibat kemalangan itu, tangan kanan saya putus. Saya dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama empat hari sebelum dibenarkan keluar," katanya selepas menerima tangan palsu itu disampaikan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar pada Program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia peringkat Kelantan, di sini, tadi.

Mohd Amiruddin yang juga anak kedua daripada tiga beradik bersyukur kerana majikannya amat prihatin dan mengambil berat walaupun dia baru sahaja bekerja sebagai pemandu bas selama setahun.

"Saya mendapatkan rawatan fisioterapi di HRPZ II. Selepas pulih sepenuhnya, majikan saya menawarkan kerja di pejabat.

"Saya akan memulakan kehidupan baru dan kembali bekerja selepas ini. Alhamdulillah saya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru ini apabila boleh memandu kereta dan menunggang motosikal yang sudah diubahsuai," katanya.

Menurutnya, walaupun hilang sebelah tangan yang digunakan untuk bekerja, namun dia tidak akan berputus asa.

"Semangat saya kembali pulih hasil sokongan orang di sekeliling saya terutama adik beradik, saudara mara, dan rakan-rakan. Walaupun ada orang melihat saya pelik, namun saya jadikan itu sebagai dorongan untuk saya bangkit," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ganti-tangan-baharu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.061598 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list