CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1672|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tulis perkataan ‘terrorist’ pada tembok Kedutaan AS, jurutera didenda RM1,000

[Copy link]
Post time 8-11-2023 04:10 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Ridzwan Al Amin Azman Shah (kiri) selesai membayar denda RM1,000 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana menconteng tulisan ‘terrorist’ di tembok bangunan Kedutaan Amerika Syarikat. UTUSAN/NORLIZAH ABAS


KUALA LUMPUR: Gara-gara menulis perkataan ‘terrorist’ pada tembok bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ekoran tidak berpuas hati dengan konflik yang melanda Palestin, seorang jurutera projek didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah, 23, mengaku bersalah melakukan perbuatan yang disifatkan sebagai khianat dengan menulis perkataan ‘terrorist’ menggunakan penyembur cat warna merah sehingga merosakkan harta kepunyaan kedutaan asing itu menyebabkan kerugian RM200.

Pemuda itu didakwa melakukan kesalahan itu di tembok luar bahagian utara bangunan kedutaan menghadap Jalan Tun Razak di sini di antara pukul 5.30 pagi dan 5.45 pagi, 28 Oktober lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Wong Chai Sia turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan, jika gagal membayar denda tersebut.

Semasa prosiding, peguam Muhammad Rhastdan Abdul Wahab merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman denda pada kadar rendah tanpa pemenjaraan.

Menurutnya, Ahmad Ridzwan Al Amin yang masih bujang perlu menanggung ibunya yang juga seorang ibu tunggal bersama seorang nenek.

“Anak guam melakukan kesalahan itu kerana tidak berpuas hati dengan kejadian yang melanda Palestin. Dia cuma mahu menyampaikan pandangan peribadinya kepada pihak kedutaan, bukan mahu menyebabkan kerugian kepada mana-mana pihak,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Vivien Yeap Jie Xi memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... tembok-kedutaan-as/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.039535 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list