CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1560|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Banjir: 1,199 orang berlindung di 14 PPS dua negeri

[Copy link]
Post time 8-11-2023 05:05 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Zaidi Mohd Arif, 47, membersihkan kawasan rumahnya yang dilanda banjir ketika tinjauan di Kampung Bangi Tambahan, Bangi Lama, hari ini. FOTO Azhar Ramli.

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara terus meningkat kepada 1,199 orang membabitkan 323 keluarga, setakat 3 petang tadi.

Ia berbanding 1,108 (298 keluarga) yang direkodkan pada pagi.

Bagaimanapun, hanya PPS di Selangor dan Perak masih dibuka manakala, PPS di Pahang ditutup sepenuhnya selepas 15 mangsa (6 keluarga) dibenarkan pulang hari ini.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan, jumlah mangsa ditempatkan di 10 PPS


Mereka yang masih berlindung di PPS adalah 288 kanak-kanak, 36 bayi, 29 warga emas, tujuh orang kurang upaya (OKU), manakala selebihnya individu dewasa.

Selain itu, empat PPS yang masih dibuka di Perak menempatkan 410 mangsa daripada 123 keluarga, meningkat 85 orang berbanding 325 (96 keluarga) pada pagi.

Jumlah itu membabitkan 146 kanak-kanak, empat bayi, 14 warga emas serta enam OKU dengan selebihnya individu dewasa.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-14-pps-dua-negeri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.041804 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list