View: 1751|Reply: 1
|
[Selangor]
Mangsa banjir pulang tinjau rumah, tapi tak boleh cuci
[Copy link]
|
|
KANAK-KANAK dan remaja yang tinggal di PPS Sekolah Kebangsaan Bangi selepas ibu bapa mereka pulang seketika untuk melihat keadaan rumah yang dilanda banjir. FOTO Azhar Ramli.
Bangi: Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bangi pulang seketika bagi melihat keadaan rumah masing-masing.
PPS SK Bangi dibuka sejak Ahad lalu, menempatkan 87 mangsa daripada 20 keluarga dari Kampung Bangi Tambahan, Bangi Lama.
Tinjauan Harian Metro di pusat itu mendapati majoriti mangsa pulang sebentar ke rumah mereka, manakala yang tinggal di PPS itu hanya kanak-kanak, remaja dan warga emas.
Zaironi Salleh, 58, berkata, hanya isteri dan anak-anaknya menjenguk rumah sejak Isnin lalu dan pulang ke PPS semula pada petang.
"Hendak cuci pun keadaan belum reda lagi. Semalam, ada penduduk yang selesai cuci rumah tapi petang hujan, air naik lagi.
"Kami sebenarnya sudah letih hadap benda (banjir) ini, kalau ikutkan pengalaman tahun sebelum, memang habis barangan rumah dan setiap kali banjir, memang kena tukar perabot dan barangan elektrik baharu.
"Kali ini saya jangka lagi teruk macam peti ais itu mesti rosak tapi nak tak nak, memang kena beli juga sebab jadi satu keperluan," katanya.
Menurutnya, mereka dipindahkan ke pusat itu sejak tengah hari Ahad lalu selepas air naik paras dada.
Sementara itu, Nur Aina Amani Abdullah, 13, berkata, sudah tiga hari dia tidak dapat hadir ke sekolah kerana rumahnya tenggelam separas bumbung.
"Keluarga saya baru saja pindah sini tahun ini, jadi tak sangka pula kami akan lalui benda ini.
"Memang agak menyedihkan, ketika kejadian kira-kira 3 pagi Ahad lalu saya dan adik hanya sempat menyelamatkan buku, dokumen penting dan beberapa helai baju saja dalam kereta.
"Saya difahamkan rumah kami habis dipenuhi lumpur jadi saya nak tengok dulu keadaan baju sekolah itu, kalau masih boleh basuh kotorannya, saya gunakan balik kerana sebolehnya saya tidak mahu membebankan orang tua saya," kata anak sulung daripada empat beradik itu.
Bagi Mohd Zaidi Mohd Arif, 47, pula, dia kerugian lebih RM20,000 apabila kereta dan barangan rumah seperti perabot dan elektrik rosak apabila rumahnya ditenggelami air separas bumbung.
"Semalam dan Isnin lalu saya balik sekejap cuci rumah selepas itu petang semalam hujan, air naik balik tapi nak buat macam mana tak akan nak dibiarkan saja jadi pagi tadi saya balik lagi untuk cuci dan mengemas.
"Sejak 21 tahun duduk sini boleh dikatakan banjir kali ini dan tahun 2021 paling buruk kerana air naik paras bumbung menyebabkan barangan dalam rumah habis dipenuhi lumpur dan kebanyakannya rosak dan hilang dihanyutkan air.
"Sekarang kami seperti trauma nak beli barangan rumah lebih-lebih lagi harga sekarang bukan murah-murah," katanya ditemui di pekarangan rumahnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tapi-tak-boleh-cuci |
|
|
|
|
|
|
|
It suggests that while flood victims might return home to assess the damage or situation, they are advised against using water for cleaning purposes. This caution could be due to potential water contamination, the risk of further damage, or unsafe conditions caused by the flood. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|