CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1960|Reply: 0

[Terengganu] Cuaca tidak menentu punca ikan mahal

[Copy link]
Post time 9-11-2023 12:56 PM | Show all posts |Read mode

ABDUL Rahman Ali menyusun ikan segar yang dijual sambil menunggu pelanggan di Pasar Cabang Tiga, Kuala Terengganu, hari ini. -UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF


KUALA TERENGGANU: Harga beberapa jenis ikan di beberapa lokasi di bandar raya ini meningkat antara RM3 sehingga RM5 sekilogram (kg) sejak awal minggu ini.

Tinjauan di Pasar Cabang Tiga di sini, hari ini, mendapati harga ikan rakyat seperti selayang naik daripada RM6 kepada RM10/kg manakala kembong daripada RM17 kepada RM20/kg.

Seorang peniaga, Abdul Rahman Ali, 40, mendakwa peningkatan itu disebabkan cuaca yang tidak menentu ekoran peralihan fasa monsun timur laut (MTL).

Beliau berkata, beberapa jenis ikan seperti ikan selar turut naik kepada RM20 berbanding RM16/kg minggu lalu selain ikan kerisi daripada RM13 kepada RM18/kg.

“Harga ikan kini menunjukkan trend naik disebabkan laut sudah mula bergelora akibat peralihan fasa MTL, walaupun nelayan masih turun ke laut, bekalan berkurang.

“Situasi itu mendorong kenaikan harga ikan sejak dua atau tiga hari lalu termasuk ikan cencaru (RM12/kg) dan pelaling (RM15/kg) tetapi ikan tongkol masih rendah, RM10/kg.

“Dari segi sambutan pula agak dingin apabila hasil jualan merudum 50 peratus meskipun kualiti hasil laut di pasar basah merupakan yang terbaik dan segar,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tinjauan di Pasar Batu Enam dekat Kuala Nerus pula mendapati harga ikan naik 15 peratus antaranya ikan pelaling (RM16/kg), kembung (RM19/kg) dan selayang RM11/kg.

Seorang peniaga, Abdul Halim Mat, 47, berkata, harga ikan dijangka terus meningkat sepanjang bulan ini susulan ramalan luruan monsun yang kuat dan laut bergelora.

“Orang ramai semakin kurang membeli ikan atau hasil laut mungkin disebabkan harga runcit ayam sudah stabil dan murah, jadi mereka beralih kepada ayam.

“Walaupun mengalami kenaikan, harga ikan sebenarnya masih rendah serta berkualiti,” katanya.

Sementara itu suri rumah, Nik Zainab Mustaffa, 42, berkata, harga ikan di pasar-pasar utama di bandar raya ini disifatkan masih stabil dan segar dari laut.

“Sejak minggu ini harga ikan naik sedikit tetapi tidak membebankan manakala harga sayur dan ayam murah, jadi pasar basah menjadi pilihan untuk membeli,” katanya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... u-punca-ikan-mahal/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.299224 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list