CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2137|Reply: 0

[Selangor] Trauma lama kembali menghantui

[Copy link]
Post time 9-11-2023 01:01 PM | Show all posts |Read mode

NORMAH Amrin (kanan) bersama ahli keluarganya di PPS Dewan Camelia, Putra Heights di Shah Alam, Selangor semalam. – UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS



SHAH ALAM: Penduduk di Dengkil dan Kampung Bukit Lanchong dekat sini berdepan trauma apabila banjir melanda kawasan mereka setelah hujan lebat, Isnin lalu.

Selain pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) di Dengkil, Sepang, sebuah lagi PPS dibuka di Kampung Bukit Lanchong di sini apabila perumahan berhampiran Sungai Klang itu dinaiki air.

Malah Selasa lalu, 96 individu terdiri daripada 20 keluarga di kampung tersebut dipindahkan ke PPS di Dewan Camelia de­ngan pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut seorang mangsa banjir, Nor Halimahton Hussin, 36, bencana itu mengingatkannya kembali tragedi terburuk yang menyebabkan dia kehila­ngan harta dalam banjir besar Disember 2021.

“Keadaannya sama, menakutkan apabila air naik cepat kurang sejam petang itu (Isnin) menyebabkan banjir melimpah masuk ke dalam rumah dengan kedalaman paras satu kaki.

“Lebih membimbangkan apa­bila saya ada anak kecil berusia lima tahun sementara suami sedang bekerja. Mujur ketua kampung beritahu penduduk boleh berpindah di PPS Dewan Camelia yang dibuka pada hari sama,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Katanya, dia tidak dapat membayangkan jika kejadian banjir besar berulang kembali apabila kehilangan satu-satu­nya kereta yang dimiliki apabila kerosakannya terlalu teruk dan tidak lagi boleh dibaiki.

Sementara itu seorang lagi penduduk, Normah Amrin, 41, memberitahu, paras air yang naik tidak sampai sejam di dalam rumahnya di Lorong Ikan Kelisa 3 mengingatkan trauma pernah dilalui mereka sekeluarga.

“Memang hujan tiap-tiap petang sejak seminggu lalu, namun, hari itu (Isnin) hujan pa­ling lebat dan lama iaitu lebih sejam. Bukan sahaja hujan, siap ada angin kuat dan kilat sabung-menyabung. Waktu itu, saya berdoa supaya jangan lagi banjir seperti yang berlaku dua tahun lalu.

“Tetapi, kami sudah membuat persiapan awal iaitu mele­takkan barang penting di almari. Sekiranya air naik tinggi lagi, semua barang penting ini dibawa bersama.

“Kenderaan pula, kita akan letakkan di kawasan tinggi, iaitu di jalan utama masuk ke Kampung Bukit Lanchong melalui Putra Heights,” kata anak jati kampung itu. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... kembali-menghantui/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.067188 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list