CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3513|Reply: 0

[Terengganu] Kambing Siam yang murah, jejas jualan ternakan tempatan

[Copy link]
Post time 9-11-2023 01:24 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Syukur Khamis, 18, dari Kampung Banggol Katong menunjukkan sebahagian kambing ternakan keluarganya yang tidak terjual.

KUALA TERENGGANU: Lambakan kambing murah dari Thailand, yang dijual secara berleluasa dalam pasaran ketika ini, menyebabkan permintaan terhadap ternakan tempatan itu menurun.

Ramai penternak di negeri ini merungut kerana kambing kampung yang diternak mereka kini tidak lagi menjadi pilihan pelanggan.

Kambing kampung yang sebelum ini dijual mengikut harga pasaran iaitu RM800 hingga RM1,200 seekor tidak terjual kerana pelanggan cenderung membeli kambing import yang dijual pada harga RM100 hingga RM250 seekor tanpa sebarang kawalan.

Penternak, Mohd Syukur Khamis, 18, dari Kampung Banggol Katong, berkata permintaan terhadap kambing tempatan yang diternak semakin menurun sejak kemasukan kambing import dari Thailand.



"Lapan daripada 45 ekor kambing yang cukup umur yang sedia untuk dijual, tidak laku malah tiada siapa yang bertanya mengenainya.

"Hal itu kerana semua pelanggan yang sebelum ini membeli kambing tempatan semuanya beralih kepada kambing import yang dijual murah.

"Penjualan kambing import pada harga yang sangat murah dan tidak terkawal secara tidak langsung membunuh pasaran kambing tempatan," katanya ketika ditemui di kandang ternakannya di sini, hari ini.

Syukur berkata, beliau memperuntukkan RM700 seminggu untuk membiayai makanan ternakan kambing.

"Bapa, Khamis Jusoh, 67, menternak kambing sejak 20 tahun lalu dan sepanjang tempoh itu permintaan kambing sentiasa ada biarpun harga kambing kampung turut meningkat.

"20 tahun lalu memang harga kambing murah iaitu RM250 hingga RM400 seekor tetapi sekarang harga sudah meningkat kerana harga makanan atau dedak kambing yang turut meningkat.

"Jika ikutkan hati, kami ingin jual kambing tempatan itu dengan harga yang murah seperti harga kambing import itu tetapi jualan seperti itu akan membuatkan kami kerugian," katanya.

Beliau berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab prihatin dengan masalah yang dialami penternak kambing tempatan dengan mengawal kemasukan dan jualan secara bebas kambing import di pasaran.

"Sekiranya hal itu berterusan berkemungkinan besar kegiatan penternakan kambing tempatan berkubur kerana tidak mendapat sambutan.

"Sejak Januari lalu hanya dua ekor kambing yang terjual berbanding tahun lalu sebanyak enam ekor kambing," katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Penternak Kambing Terengganu (TGB) Zamroh Yusof, mengakui kambing import dari Thailand sudah menguasai pasaran kambing di negeri ini.

"Semua penternak kambing tempatan mengeluh dan terkesan dengan kemasukan kambing import yang dijual dengan harga yang sangat murah dan tanpa kawalan.

"Fenomena itu menyebabkan kegiatan penternakan kambing tempatan bakal berkubur kerana ternakan mereka tidak terjual.

"Lebih buruk apabila harga dedak kambing yang semakin tinggi juga menyebabkan penternak tempatan tersepit dan tidak mampu lagi meneruskan penternakan berkenaan," katanya.

Susulan situasi itu, pihaknya berharap pihak yang bertanggungjawab membantu menyelesaikan masalah itu dengan mengawal kemasukan kambing import seterusnya mengembalikan hak penternak kambing tempatan.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-ternakan-tempatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.055878 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list