View: 3424|Reply: 0
|
Mamut puas ledak gol sulung di pentas Asia
[Copy link]
|
|
Penyerang TFC dari Croatia, Ivan Mamut sudah mengumpul 19 gol dalam semua pertandingan musim ini. – Foto NSTP/Ghazali Kori
KUALA TERENGGANU: Penyerang sensasi Terengganu FC, Ivan Mamut mengakui dia puas selepas impiannya untuk meledak gol pertama di pentas Asia berjaya dipenuhi.
Pada aksi Piala AFC menentang kelab Filipina, Stallion Laguna di gelanggang lawan petang semalam, Mamut menjaringkan gol penyamaan pasukannya pada babak kedua sebelum Sony Norde muncul watak pemusnah apabila meledak gol kemenangan 3-2 skuad kendalian Tomislav Steinbruckner.
"Kami bermain dengan baik sejak beberapa bulan lalu dan saya rasa kami layak menang hari ini (petang semalam) untuk mengutip tiga mata biarpun beraksi di tempat lawan.
"Kemenangan ini begitu besar ertinya untuk kami mengintai peluang layak ke pusingan kedua Piala AFC, lagipun anda tahu kami datang ke Filipina selepas mengharungi perlawanan yang amat sukar bermain pada separuh akhir Piala Malaysia.
"Namun saya begitu gembira kerana semua pemain begitu positif dengan mengetepikan soal kepenatan, malah lebih manis saya berjaya menjaringkan gol pertama di Asia selepas mencuba dalam tiga perlawanan lalu.
"Jaringan ini bakal menambah lagi keyakinan kami untuk perlawanan seterusnya dalam saingan Liga Super dan final Piala Malaysia," kata pemain kelahiran Croatia itu yang sudah meledak 19 gol musim ini bersama TFC termasuk dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
https://www.bharian.com.my/sukan ... lung-di-pentas-asia |
|
|
|
|
|
|
| |
|