CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4850|Reply: 1

[SEJARAH] 75 tahun penderitaan Palestin: Perang Enam Hari, Naksa dan Garis Hijau

[Copy link]
Post time 9-11-2023 05:18 PM | Show all posts |Read mode




ASKAR Israel di Gaza ketika Perang Enam Hari 1967. - GAMBAR ENSIKLOPEDIA BRITANNICA

NAKBA 1948 menjadi titik mula penderitaan Palestin apabila ratusan ribu rakyat negara itu dibunuh dan diusir keluar, menjadi pelarian di negara-negara jiran.

Menurut Pusat Sumber untuk Hak Kependudukan dan Pelarian Palestin (BADIL), seramai 852,491 rakyat Palestin menjadi pelarian di Jordan, Lubnan, Syria dan wilayah dalam Palestin sendiri, iaitu Gaza dan Tebing Barat.

Selepas peristiwa Nakba, Israel menguasai 78 peratus wilayah Palestin manakala 22 peratus lagi ditadbir Mesir (Gaza) dan Jordan (Tebing Barat).

Selepas 1948, ribuan pelarian Palestin cuba melintasi sempadan untuk kembali ke rumah masing-masing atau pulang bertemu keluarga. Malangnya, antara 1949 hingga 1956, dianggarkan 2,000 hingga 5,000 pelarian ditembak mati oleh tentera Israel.

Selepas peristiwa Nakba juga, banyak konflik tercetus antara Israel dengan Palestin dan negara-negara Arab lain.

Contohnya, pada 1953, tentera Israel menyerang kampung Qibya di Tebing Barat, membedil 45 buah rumah dan mengorbankan 69 nyawa.

Pada 1956 pula, Krisis Suez tercetus apabila Israel bersama Perancis dan Britain menyerang Mesir untuk menjatuhkan Presidennya, Gamal Abdel Nassser.

10 tahun kemudian, Israel menawan sebuah lagi kampung di Tebing Barat, iaitu As-Samu’ selepas gerakan pembebasan Palestin, Fatah membunuh beberapa orang tentera Israel. Kira-kira 18 orang mati dan lebih 100 lain cedera.

Ketegangan berterusan antara Israel dengan Palestin dan negara-negara Arab akhirnya meledak menjadi perang pada 1967, yang turut dikenali sebagai perang Enam Hari.

Menjadi Naksa

Israel berperang dengan Mesir, Jordan dan Syria pada 1967 atas pelbagai faktor. Ini termasuk mahu meneruskan perampasan wilayah yang gagal disudahkan pada 1948.

Menurut Al-Jazeera, sebelum memulakan serangan, menteri Israel, Yigal Allon menulis, “Dalam…perang yang baharu, kita mesti mengelakkan kesilapan bersejarah dalam Peperangan Kemerdekaan (1948)… dan tidak menghentikan serangan sehingga kita mencapai kemenangan sejati, wilayah penuh untuk Tanah Israel”.

Kemenangan Israel dalam perang tersebut membolehkan mereka bukan sahaja menawan Gaza, Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat, malah Bukit Golan di Syria dan Semenanjung Sinai di Mesir.






WILAYAH yang dikuasai Israel selepas Perang Enam Hari berlorek kuning. – RAJAH AL-JAZEERA

Yang paling terkesan dengan kemenangan besar Israel itu pastinya rakyat Palestin. Hanya beberapa minggu selepas perang tamat, Israel telah merampas Baitulmaqdis Timur dan beberapa wilayah di Tebing Barat, mengisytiharkannya sebagai sebahagian daripada Israel.

Wilayah Palestin yang lain di Tebing Barat dan Gaza pula dikawal sepenuhnya oleh tentera Israel dengan beratus titik semak ketenteraan, sistem permit kod warna dan tembok pemisah yang memisahkan ratusan ribu keluarga.




TEMBOK pemisah didirikan sepanjang sempadan Gaza. – GAMBAR PBB

Kerjasama negara-negara Arab sepatutnya membawa berita gembira kepada Palestin tetapi sebaliknya yang terjadi.

Israel menang besar: matlamatnya untuk menguasai seluruh Palestin, termasuk 22 peratus yang gagal didudukinya pada 1948, tercapai.

Perang Enam Hari pada 1967 akhirnya menjadi langkah ke belakang, atau Naksa, buat Palestin.

Garis Hijau

Mungkin ada antara kita yang pernah mendengar tentang penyelesaian dua negara (two-state solution) sebagai penyelesaian agung untuk konflik antara Israel dengan Palestin.

Konsepnya mudah: kedua-dua negara, Israel dan Palestin diiktiraf penubuhannya dengan masing-masing diberikan wilayah tertentu.

Pada 1993, kerajaan Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pernah bersetuju dengan penyelesaian dua negara melalui Perjanjian Oslo namun sehingga hari ini, ia tidak pernah direalisasi.

Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) berkata, Israel gagal memberikan rakyat Palestin keselamatan atau taraf negara yang sepatutnya, selain peluang ekonomi dan politik yang saksama.

Malah, ketika Perjanjian Oslo menetapkan pengiktirafan dua negara yang setara, Israel dan Palestin terpecah kepada empat kawasan (atau lebih tepat – enklaf).



- Baitulmaqdis – selama berpuluh tahun kawasan ini direbut, terutamanya kawasan suci yang menempatkan Masjid al-Aqsa. Penduduk di kawasan Baitulmaqdis Timur, yang dirampas Israel pada 1967, pula ditindas dengan sekatan perumahan dan perniagaan.

- Seluruh Israel – kawasan yang diiktiraf sebagai ‘negara Israel’ ini dianggap sebagai sarang aparteid kerana di sana, penduduk asal Palestin diberikan hak dan kewarganegaraan yang berbeza dengan bangsa Yahudi.

- Tebing Barat – walaupun ditadbir Pihak Berkuasa Palestin (Fatah), Israel mengawal banyak perkara di sana, termasuk pergerakan keluar masuk rakyat Palestin ke Israel. Malah, semakin ramai juga rakyat Israel yang masuk dan menjarah tempat tinggal rakyat Palestin di Tebing Barat, menyebabkan konflik di sana tidak pernah tamat.

- Gaza – Israel mengawal semua perkara di Gaza. Air dan elektrik dibekalkan oleh rejim itu, membolehkan mereka memutuskan bekalan pada bila-bila masa yang mereka mahu. Ada yang gelar Gaza sebagai penjara terbuka terbesar dunia, dengan tembok pemisah mengelilingi sempadannya.
Keadaan ini menyebabkan penyelesaian dua negara menjadi mustahil, terutamanya untuk Palestin mendapat wilayah seperti yang ditetapkan dalam Garis Hijau, atau sempadan pra-1967.

Garis Hijau merujuk kepada sempadan Israel-Palestin seperti sebelum peristiwa Perang Enam Hari.





MENURUT sempadan pra-1967, kawasan dalam garis hijau adalah milik Palestin. – GAMBAR ENSIKLOPEDIA BRITANNICA

Melihat kepada sikap rejim Zionis terhadap Gaza dan Tebing Barat selama puluhan tahun, walaupun penyelesaian dua negara mengikut Garis Hijau diberikan, ia tetap tidak memihak kepada Palestin.

Apa gunanya mendapat kuasa mentadbir tetapi diskriminasi ala aparteid tetap berlangsung? Apa gunanya Gaza menjadi milik Palestin kalau segala sumber asas perlu bergantung kepada Israel? – RELEVAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2023 05:33 PM | Show all posts
semua british uncle sam pnya plan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.047973 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list