CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3785|Reply: 0

[Terengganu] 'Tiada lagi panggilan Tok Mek, cucu paling manja'

[Copy link]
Post time 9-11-2023 05:37 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Rafiq Rayyan (gambar kecil) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Tawar, Kampung Raja. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

Besut: "Arwah cucu paling rapat dan amat manja hingga tidur malam pun lebih suka tidur berbantalkan lengan saya berbanding mamanya (ibu)," kata Che Ku Zaleha Tengku Ali, 66, nenek kepada Muhammad Rafiq Rayyan Muhammad Rusydan, 17 bulan, yang maut dipercayai didera teman lelaki ibunya.

Che Ku Zaleha berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah dalam keadaan sihat pada petang kelmarin sebelum dibawa pulang dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ibunya, semalam.

"Sebelum kejadian mamanya membawa Rayyan berjumpa teman lelaki yang mahu membawa Rayyan bermalam di rumahnya.

"Pagi semalam mama Rayyan yang juga anak kedua saya dalam perjalanan pulang dari Kelantan minta supaya saya bersiap membawa Rayyan ke klinik.



"Apabila dia sampai, saya terkejut melihat keadaan Rayyan lemah tidak bermaya sebelum memangkunya untuk dibawa ke klinik," katanya ketika ditemui Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Tawar, di sini, hari ini.

Che Ku Zaleha berkata, Rayyan memanggilnya dengan panggilan Tok Mek sejak kecil kerana mereka sekeluarga tinggal bersamanya.

"Rayyan anak kedua daripada dua beradik dan kakaknya berusia empat tahun," katanya yang berharap kematian Rayyan mendapat pembelaan sewajarnya.

Sementara itu, nenek sebelah bapa mangsa, Wan Emmy Haslinda Wan Yaacob, 52, berkata dia sedih dan terkejut apabila mendapat berita kejadian menimpa cucunya.

"Kedua-dua orang tuanya berpisah September lalu dan sebelum itu mamanya kerap bawa dia pulang ke Kota Bharu iaitu sebulan s ekali untuk berjumpa saya.

"Kali terakhir saya jumpa dengannya pada September lalu," katanya.

Jenazah Allahyarham disolatkan di surau An-Nur PPRT Pengkalan Nyireh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Tawar 10.40 pagi hari ini.

Kira-kira 100 ahli keluarga hadir ke tanah perkuburan itu.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... k-cucu-paling-manja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.228581 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list