CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3629|Reply: 0

[Terengganu] KPDN Terengganu keluarkan 34 notis tunjuk sebab peniaga ayam naikkan harga

[Copy link]
Post time 9-11-2023 05:54 PM | Show all posts |Read mode

Ariffin (dua kiri) dan Shaharuddin (kanan) melihat tanda harga kawalan lapan jenis barangan selepas melancarkan SHMMP Deepavali 2023, hari ini. - Foto BAHAROM BAKAR.

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 34 notis tunjuk sebab dikeluarkan kepada peniaga ayam kerana tidak menurunkan harga selepas harga diapungkan sejak awal bulan ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara Hidup negeri (KPDN), Shahruddin Mohd Kia berkata, semua peniaga didapati mematuhi notis dikeluarkan apabila menjawab punca tidak menurunkan harga dalam tempoh empat hari.

Katanya, KPDN tidak menerima sebarang aduan secara rasmi berlakunya kenaikan harga ayam selepas harga ayam diapungkan.

"Hasil pemantauan selepas notis tunjuk sebab dikeluarkan, semua peniaga didapati menurunkan harga," katanya kepada media selepas majlis pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023, di pasaraya besar Mydin, di sini, hari ini.



Majlis pelancaran SHMMP Deepavali 2023 peringkat negeri dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman.

Dalam perkembangan lain, Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Alor Limbat, berkata SHMMP diadakan selama tujuh hari iaitu tiga hari sebelum perayaan Deepavali, semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan.

Katanya, KPDN menetapkan harga lapan jenis barangan termasuk bawang merah import, bawang merah kecil, cili merah, daging kambing, kacang dal, kelapa biji, kelapa parut dan tomato dikawal sepanjang SHMMP yang berkuat kuasa hari ini.

"SHMMP diadakan membuktikan kerajaan negeri dan persekutuan sentiasa meraikan perayaan semua kaum di seluruh negara," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... eniaga-ayam-naikkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.080755 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list