View: 1013|Reply: 0
|
Arteta minta Ramsdale bersabar
[Copy link]
|
|
Arteta minta Ramsdale bersabar
Aaron Ramsdale (kanan) menafikan percubaan pemain Manchester United, Alejandro Garnacho pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates pada awal September lalu. – Foto premierleague.com
LONDON: Mikel Arteta meminta Aaron Ramsdale supaya tidak tergesa-gesa dengan keputusan mengenai masa depannya selepas penjaga gol itu diberitahu tempatnya pada Euro 2024 tidak terjamin jika dia kekal di bangku simpanan Arsenal.
Ramsdale dipanggil minggu ini oleh pengurus England, Gareth Southgate bagi dua perlawanan kelayakan terakhir menentang Malta dan Macedonia Utara dan menyasarkan untuk menokok empat cap pada peringkat senior.
Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu diketepikan sebagai penjaga gol utama Arsenal sejak ketibaan David Raya dari Brentford dan hanya bermain dua kali sejak rehat tugasan antarabangsa pada September lalu.
Arteta belum bercakap dengan Ramsdale mengenai isu itu tetapi memintanya supaya tidak berpindah pada Januari ini dalam usaha untuk beraksi lebih kerap.
"Pertama sekali saya terbuka untuk bercakap mengenai mana-mana pemain," katanya.
"Kami hanya mahukan yang terbaik buat pemain dan kami cuba melakukannya dan kami sedar pengaruh yang boleh dilihat – kadang-kadang positif, kadang-kadang tidak begitu positif terhadap mereka.
"Kami sering kali cuba melakukan yang terbaik untuk membantu mereka, tetapi ini adalah sukan berpasukan yang memerlukan 24 pemain yang memenuhi setiap peranan. Peranan yang anda dapati pada Ogos, ia mungkin berbeza dengan apa yang anda dapati pada Mac.
"Jadi membuat keputusan awal, menerusi pengalaman saya, bukan sesuatu yang bagus sama sekali kerana pasukan memerlukan sesuatu yang perlu dibereskan. Dalam usaha melakukannya anda tidak boleh dengan enam, 10 atau 14 pemain. Ia mustahil. Jadi anda perlukan setiap orang dan Aaron mempunyai peranan yang amat penting dalam pasukan."
Ramsdale dijangka sekali lagi berada dalam kalangan pemain gantian ketika Arsenal melayan kunjungan Burnley malam ini, mengintai peluang untuk kembali mencatat kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris selepas tumpas 1-0 di Newcastle minggu lalu.
Arteta bagaimanapun mungkin tidak boleh menurunkan lapan pemain utama. Kapten Martin Odegaard masih belum cergas, manakala Bukayo Saka dan Takehiro Tomiyasu cedera ketika menang aksi Liga Juara-Juara ke atas Sevilla Rabu lalu.
Penyerang Gabriel Jesus dan Eddie Nketiah mungkin terpaksa diketepikan kerana kecederaan hamstring dan buku lali, manakala Thomas Partey, Emile Smith Rowe dan Jurrien Timber sudah pasti tidak boleh disenaraikan. – AFP
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... a-ramsdale-bersabar
|
|
|
|
|
|
|
| |
|