CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 989|Reply: 0

[Pahang] Pekebun rugi lebih RM132,000 terpedaya kerja sambilan tidak wujud

[Copy link]
Post time 11-11-2023 11:38 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

Kuantan: Seorang pekebun mengalami kerugian berjumlah RM132,515 selepas diperdaya tawaran kerja sambilan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pada mulanya, lelaki berusia 27 tahun itu ditawarkan bayaran sebanyak RM15 bagi tugasan like, follow dan komen ke setiap akaun pengguna aplikasi TikTok yang diberikan kepadanya menerusi WhatsApp pada Selasa lepas.

"Mangsa melakukan tugasan yang diberikan sebelum menyertai satu kumpulan Telegram dan telah mendapat bayaran sebanyak RM45. Mangsa kemudiannya telah diminta sebanyak RM200 oleh pentadbir kumpulan aplikasi itu sebelum diberikan tugasan seterusnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata selepas membuat pembayaran dan menyelesaikan tugasan diberikan, lelaki berkenaan mendapat pulangan sebanyak RM240, yang membuatkan mangsa lebih percaya dengan suspek.



"Seterusnya, mangsa membuat beberapa transaksi bagi mendapatkan pulangan yang lebih besar menggunakan wang simpanannya dan pinjaman daripada rakan-rakan sehingga menyebabkan dia mengalami kerugian sebanyak RM132,515," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang berasa diperdaya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Yahaya menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan tawaran kerja sambilan melalui media sosial yang menjanjikan bayaran lumayan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ambilan-tidak-wujud

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.072010 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list