|
Keadaan runtuhan bangunan tiga tingkat yang dalam pembinaan di Pulau Perhentian. FOTO GHAZALI KORI
Kuala Terengganu: Majlis Daerah Besut (MDB) bersedia memberi kerjasama kepada agensi penguat kuasa mengenai tragedi bangunan resort runtuh di Pulau Perhentian, Besut pada Khamis lalu.
Yang Dipertua MDB Mohd Sukeri Ibrahim berkata, pihaknya bersedia memberi kerjasama kepada pelbagai agensi lain untuk membantu siasatan tragedi bangunan resort runtuh menyebabkan dua pekerja pembinaan terbunuh.
"Setakat ini, kita tidak bercadang untuk membuat laporan polis mengenai tragedi itu, tetapi siasatan secara dalaman sedang dilakukan.
"Kita bersedia memberi kerjasama serta mengemukakan hasil siasatan yang dilakukan secara dalaman bagi membantu agensi penguat kuasa melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam tragedi Khamis lalu, sebuah bangunan resort yang sedang dalam pembinaan runtuh menyebabkan dua kematian dan enam termasuk seorang warga tempatan yang sedang tidur cedera.
Mangsa bangunan resort runtuh yang meninggal dunia pada 2.14 pagi semalam dikenali sebagai Bahul Jamil, 42, warga Indonesia.
Jumaat lalu, seorang pekerja dikenali Suparno, 40, yang tertimbus dalam runtuhan ditemukan meninggal dunia.
Mengulas lanjut, Mohd Sukeri berkata, siasatan awal dilakukan mendapati pemilik resort berkenaan membina bangunan setinggi tiga tingkat di pulau peranginan itu secara haram.
"Kita juga sudah menyerahkan dua notis pemberhentian kerja kepada pemilik resort berkenaan iaitu pada 2020 dan tahun lalu," katanya.
Mohd Sukeri berkata, MDB sudah mengambil tindakan awal selepas menyedari wujudkan projek pembinaan bangunan resort dibina sejak 2020.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gunan-resort-runtuh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|