View: 4747|Reply: 0
|
[Selangor]
TH beri amaran laman sesawang palsu tipu pendeposit
[Copy link]
|
|
Poster yang dimuat naik oleh TH di akaun Facebooknya, hari ini.
PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) memberi amaran kepada orang ramai agar berhati-hati dengan laman sesawang palsu yang bertujuan memperdayakan mangsa.
Menerusi kenyataan di Facebooknya, laman www.thijari.ticketmysearch.com mempunyai templat seakan-akan laman sesawang TH sebagai satu helah untuk menipu para pendeposit.
“Laman sesawang ini adalah palsu dan bukan di bawah kendalian TH. Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan,” katanya.
Tambahnya, orang ramai disaran untuk melayari laman sesawang yang betul iaitu THiJARI menerusi https://www.thijari.com.my/.
“Hati-hati! Pelbagai cara scammer memperdaya mangsa. Pastikan anda layari alamat laman web yang betul,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... su-tipu-pendeposit/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|