View: 4970|Reply: 0
|
Pan-gon rayu sokongan padu
[Copy link]
|
|
Pan-gon rayu sokongan padu
PAN-gon (kiri) bersama pemain pertahanan Harimau Malaya, Matthew Davies ketika sidang media di Wisma FAM Kelana Jaya hari ini. FOTO Bernama
Petaling Jaya: Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon, berharap akan 'kebanjiran' penyokong setia Harimau Malaya semasa perlawanan Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Beliau berkata, sokongan padu daripada peminat tempatan adalah penting dalam perlawanan itu yang dianggapnya sangat penting bagi pasukan Harimau Malaya dalam usaha layak ke pusingan ketiga.
Jurulatih dari Korea Selatan itu berkata, kelebihan bermain di gelanggang sendiri harus dimanfaatkan sepenuhnya bukan sahaja oleh pemain tetapi juga penyokong untuk menimbulkan rasa gerun bagi mana-mana lawan sebelum pasukannya menentang 'The White Falcons' di tempat lawan tahun depan.
"Jika anda mahu ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia, perlawanan ini adalah penting bagi kita. Tanpa sokongan anda, kita tidak boleh berbuat apa-apa, kita mahu menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri sepenuhnya dan setiap penyokong perlu datang untuk mencipta persekitaran terbaik.
"Ini adalah 'rumah' kita, sesiapa yang datang ke sini, suasana di stadium sepatutnya rasa gerun kepada pasukan lawan. Hanya 10,000 (penonton) tidak boleh membuat mereka rasa gerun," katanya dalam sidang media praperlawanan menjelang perlawanan esok di sini hari ini.
SUMBER:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -rayu-sokongan-padu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|