CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3309|Reply: 0

Euro 2024: Konsa lupakan cuti demi England

[Copy link]
Post time 16-11-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode

KONSA mengakui sangat teruja apabila dipanggil untuk menyertai skuad England pada aksi kelayakan Euro kali ini. - AFP

LONDON – Walaupun dipanggil pada saat akhir, pertahanan Aston Villa, Ezri Konsa langsung tidak kisah dan lebih rela untuk melupakan percutian bagi membantu England hadapi Malta di Stadium Wembley awal pagi Sabtu ini.

Kecederaan Lewis Dunk jelas beri tuah kepada Konsa untuk disenaraikan oleh pengendali The Three Lions, Gareth Southgate dan berita itu hanya diperolehi menerusi panggilan telefon selepas Aston Villa menang 3-1 ke atas Fulham Ahad lalu.

“Selepas perlawanan, saya sudah pun dalam perjalanan pulang ke rumah. Kemudiannya saya mendapat panggilan dan ia menjadi perasaan yang cukup janggal.

“Ia menjadi sesuatu yang mengujakan buat saya. Sudah pasti saya lebih suka berada dalam pasukan daripada bercuti,” katanya.

Konsa juga menganggap panggilan kali ini bakal melengkapkan lagi resumenya selepas turut berada dalam skuad England ketika menjuarai Piala Dunia Bawah 20 Tahun pada 2017.

“Ia menjadi detik membanggakan buat saya dan keluarga. Ia seperti mimpi jadi kenyataan kerana sejak daripada kecil lagi saya mahu bermain untuk skuad kebangsaan England.

“Saya tahu saya masih ada banyak kerja untuk dilakukan namun prestasi bersama Aston Villa sejak dua musim lalu banyak membantu saya jadi pemain lebih baik seperti hari ini,” jelasnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -cuti-demi-england/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.037027 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list