CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3742|Reply: 0

[Terengganu] ‘Ajaib boleh terlepas tali gantung’

[Copy link]
Post time 16-11-2023 12:18 PM | Show all posts |Read mode

Wan Mohd. Azman (kiri) berbual dengan bapanya, Hasan ketika ditemui di Besut semalam.

BESUT – Seorang banduan ­akhir bagaikan tidak percaya apabila umurnya masih panjang selepas Mahkamah Persekutuan membebaskannya daripada hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedar dadah pada 1999.

Wan Mohd. Azman Hassan, 50, bersyukur apabila diberikan peluang kedua oleh mahkamah kerana dia merupakan salah seorang daripada lima banduan akhir yang diketepikan hukuman mati mandatori dan penjara sepanjang hayat sebelum ini.

Mahkamah Persekutuan memutuskan demikian sewaktu bersidang buat pertama kali selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023.

Wan Mohd. Azman berkata, sebelum ini, dia tidak terfikir boleh terlepas daripada hukuman gantung apatah dibebaskan setelah ditahan atas kesalahan dadah pada tahun 1999.

Tambahnya, kehidupannya di dalam Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan dipenuhi dengan beribadat kepada Allah sementara menunggu masa menanti hukuman mati.

“Saya cuma berusia 26 tahun sewaktu ditangkap atas kesalahan dadah dan dunia ini dirasakan sangat gelap apabila mahkamah memutuskan bersalah dan perlu menjalani hukuman gantung sampai mati.

“Hidup saya yang sudah 24 tahun terpenjara bagaikan bersinar semula apabila diberi peluang kedua oleh mahkamah,” katanya ketika ditemui Kosmo! sewaktu pulang ke pangkuan keluarga di Kampung Gong Kemuntong, di sini semalam.

Wan Mohd. Azman berjanji akan berbakti kepada keluarga khususnya bapanya, Hasan @ Wan Ali Abdullah, 75, bagi menebus saat-saat berharga yang telah banyak hilang sebelum ini.

Sementara itu, Hasan melahirkan kesyukuran dan menganggap pembebasan Wan Mohd. Azman yang juga anak kedua dari lima beradik itu sebagai hikmah terbesar terhadap keluarga­nya.

Lelaki warga emas itu berkata, dia sudah lama memaafkan kesilapan dilakukan anaknya sewaktu muda akibat tersalah pilih kawan.

“Dia (Wan Mohd. Azman) sudah menerima hukuman (penjara) selama 24 tahun dan kasih sayang saya sebagai bapa tidak pernah berubah,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... lepas-tali-gantung/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.728375 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list