CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3729|Reply: 0

Beckham nampak sinar England di Euro 2024

[Copy link]
Post time 16-11-2023 12:31 PM | Show all posts |Read mode

Bekas pemain bola sepak England, David Beckham (tengah) menyaksikan perlawanan kriket Piala Dunia ICC di Mumbai, India. - Foto REUTERS

MUMBAI: David Beckham berkata bintang muda England berpotensi menamatkan penantian negara itu selama beberapa dekad untuk merangkul trofi utama pada kejohanan Euro 2024 di Jerman.

Bekas kapten England itu memenangi pelbagai pingat dalam karier bersama kelab tetapi gagal menjulang piala di peringkat antarabangsa walaupun bermain dalam pasukan yang dibarisi ramai pemain bakat.

Pasukan kendalian Gareth Southgate yang menghuni ranking keempat FIFA, mempunyai rekod yang baik baru-baru ini di kejohanan utama tetapi England belum mengecap kejayaan sejak memenangi Piala Dunia 1966 di tanah air sendiri.

Mereka mara ke separuh akhir Piala Dunia di Russia pada tahun 2018 dan berdepan kekalahan memeritkan kepada Itali menerusi sepakan penalti ketika perlawanan akhir Kejohanan Eropah di Wembley tiga tahun kemudian.



Manakala barisan pemain Southgate yang tewas kepada Perancis di suku akhir Piala Dunia tahun lalu di Qatar, sudahpun mengesahkan tempat ke pusingan akhir Euro 2024 ketika saingan berbaki dua perlawanan, menentang Malta dan Macedonia Utara.

Pasukan itu kini mempunyai barisan pemain berbakat terutama di bahagian serangan seperti bintang Real Madrid, Jude Bellingham, 20, dan Harry Kane yang menikmati musim prolifik di Bayern Munich.

"Saya sangat percaya dengan pasukan England ini. Saya percaya pada Gareth Southgate dan apa yang dia lakukan selama beberapa tahun kebelakangan ini.

"Nasib kami tidak baik apabila tewas di perlawanan akhir Euro menentang Itali, tetapi kami begitu hampir," kata Beckham, 48.

Bekas pemain tengah Manchester dan Real Madrid itu yang melawat India dalam peranannya sebagai Duta Muhibah UNICEF, berkata: "Saya tidak mahu bercakap terlalu awal, tetapi Euro 2024, saya fikir kita mempunyai peluang sebenar dengan pemain muda seperti Cole Palmer, Jude Bellingham, dan pemain lain yang kami ada dalam pasukan.

"Dan sudah tentu, anda tahu, kami mempunyai kapten seperti Harry Kane yang masih terus memberi inspirasi kepada pasukannya dan masih terus menjaringkan gol. Jadi saya rasa kami mempunyai peluang yang sebenar."

England menerima kunjungan Malta pada hari Jumaat sebelum menentang Macedonia Utara di tempat lawan tiga hari kemudian. - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan ... ngland-di-euro-2024
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.214791 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list