CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3844|Reply: 0

Brazil beri isyarat sedia turunkan Jesus

[Copy link]
Post time 16-11-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang Arsenal, Gabriel Jesus mungkin akan diturunkan untuk aksi kelayakan Piala Dunia antara Brazil dan Argentina minggu depan. - Foto AGENSI

SAO PAULO: Gabriel Jesus mungkin akan diturunkan untuk aksi kelayakan Piala Dunia antara Brazil dan Argentina minggu depan - keputusan yang mungkin akan mengecewakan Arsenal.

Pemain 26 tahun itu dipanggil membarisi skuad Selecao walaupun tidak beraksi sejak kecederaan hamstring ketika Arsenal menentang Sevilla pada 24 Oktober.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta pada awal bulan ini berkata, bekas penyerang Manchester City itu perlu berehat beberapa minggu untuk pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun pengendali Brazil, Fernando Diniz mahu menurunkan Jesus lebih awal selepas mendapat lampu hijau pasukan perubatan skuad kebangsaan itu.



Jesus mungkin tidak akan beraksi menentang Colombia minggu ini, tetapi bakal diturunkan apabila juara dunia, Argentina bertandang ke Maracana pada 22 November.

"Tumpuan saya ialah pada Gabriel. Kami memanggilnya ke sini atas sebab tertentu dan ia penting buatnya.

"Dia antara pemain yang walaupun kami bermain di bawah tahap sebenar ketika menentang Uruguay, masih mampu memberikan impak positif dalam permainan.

"Ia perlawanan yang sukar tetapi dia bermain dengan baik. Dia membantu kami mengekalkan posisi kami dan mencipta masalah kepada lawan.

"Kami sudah melakukan imbasan MRI ke atasnya. Kami menjaganya dengan rapi. Jika tidak ada masalah, kami akan menurunkannya bertemu Argentina," kata Diniz. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... edia-turunkan-jesus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.048103 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list