|
Nurul Umira membuat laporan polis di IPD Cheras. FOTO Ihsan Pembaca
Raub: Seramai lebih 30 pengantin dan keluarga pengantin di daerah Bentong dan Lipis kecewa susulan tindakan seorang perancang perkahwinan menipu mereka sejak awal tahun ini.
Malah semua mangsa panik apabila suspek tidak muncul pada hari perkahwinan walaupun bayaran penuh sudah dilakukan.
Difahamkan perancang perkahwinan terbabit mempunyai butik pengantin di daerah ini dan aktif memperdaya mangsa dengan mengiklankan pakej perkahwinan murah.
Salah seorang mangsa, Nurul Umira Nadia Razali. 28, berkata, beliau sudah membuat pembayaran penuh bagi majlis perkahwinannya pada 11 September lalu.
"Namun janji perancang perkahwinan itu untuk memasang pelamin di Dewan Melor, Raub tidak dilaksana.
"Saya cuba menghubunginya selain menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp namun tidak dijawab," katanya.
Menurutnya, dia terpaksa mencari khidmat katering lain untuk menyediakan juadah untuk tetamu walaupun sudah membayar pakej penuh RM 10,000 untuk majlis.
Menurutnya. keadaan itu menyebabkan keluarganya tertekan kerana perlu menyediakan wang untuk membayar khidmat katering baru.
Nurul Umira berkata, selepas kejadian itu saya dedahkan keadaan yang berlaku dalam media sosial dan menerima komen yang pelbagai dan tidak menyangka ramai yang sudah menjadi mangsanya.
Menurutnya, dia kemudian melakukan siasatan melalui media sosial sebelum mendapat tahu terdapat 30 mangsa turut senasib sepertinya.
"Rata-rata mangsa mengalami kerugian antara RM 2,000 hingga RM 16,000 setiap seorang, " katanya yang sudah membuat laporan polis.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rancang-perkahwinan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|