CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4092|Reply: 0

Tarkovic berang pemain lepas peluang

[Copy link]
Post time 17-11-2023 08:40 AM | Show all posts |Read mode
Tarkovic berang pemain lepas peluang

Pemain Harimau Malaya meraikan kejayaan menumpaskan Kyrgyzstan 4-3 pada perlawanan Kumpulan D bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/ASWADI ALIAS



KUALA LUMPUR: Pengendali Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic jelas berang selepas menyaksikan anak buahnya tumbang 3-4 di tangan Malaysia pada aksi pertama Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, sebentar tadi.

Malah, apa yang lebih mengecewakan Tarkovic adalah apabila mereka pulang tanpa sebarang mata meskipun berjaya meledak tiga gol pada perlawanan terbabit.

"Aksi yang sukar, saya sangat marah dan kecewa dengan keputusan ini. Kami jaringkan tiga gol dan mencipta banyak peluang untuk menang tetapi kami melepaskan empat gol.

"Kami mendapat tiga gol tetapi tiada mata, jadi ini sangat mengecewakan. Semangat pemain cukup baik tetapi kesilapan di bahagian pertahanan membuatkan kita tewas.

"Selain itu, kita gagal menyudahkan peluang dan kualiti kita di dalam kotak penalti tidak begitu baik," kata Tarkovic.

Pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Kyrgyzstan terpana dengan kebangkitan luar biasa skuad Harimau Malaya apabila mereka tumbang 3-4 pada aksi pertama kelayakan itu.

Meskipun pelawat berjaya mendahului 3-1 namun tiga mata dirampas Malaysia pada minit akhir selepas jaringan Faisal Halim melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah 4-3 di laman sendiri.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... emain-lepas-peluang

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.298226 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list