View: 4295|Reply: 1
|
Darren, Faisal, Arif Aiman ketuai serangan negara
[Copy link]
|
|
Darren, Faisal, Arif Aiman ketuai serangan negara
Faisal Halim akan membarisi bahagian serangan Malaysia dalam aksi di Stadium Nasional. - Foto ihsan FAM
KUALA LUMPUR: Darren Lok, Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi diberikan peranan sebagai penggempur Harimau Malaya bagi merobek gawang Kyrgyzstan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, malam ini.
Ketiga-tiga pemain itu menjadi pilihan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon dalam kesebelasan utama dengan Matthew Davies berperanan sebagai kapten.
Bahagian tengah dibarisi Brendan Gan fan Stuart Wilkin yang dilihat bakal menjadi nadi penggerak kepada Harimau Malaya dalam aksi pertama Kumpulan D itu.
Sementara itu, Pan Gon menyenaraikan lima pemain pertahanan termasuk Davies, Shahrul Saad, Dominic Tan, Dion Cools dan La'vere Corbin Ong manakala penjaga gol, Syihan Hazmi Mohamed menggalas tugas sebagai benteng terakhir.
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... uai-serangan-negara
|
|
|
|
|
|
|
|
Menang lawan Kyrgyzstan ni memang dah buktikan yang harimau malaya boleh lawan upper rank teams kalau main di SNBJ |
|
|
|
|
|
|
| |
|