CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2271|Reply: 0

Brazil tanpa Vinicius berdepan Argentina

[Copy link]
Post time 18-11-2023 12:11 PM | Show all posts |Read mode

VINICIUS Junior akui dia tak mampu cergas untuk diturunkan berdepan Argentina. -FOTO AFP

Sao Paulo: Penyerang Brazil, Vinicius Junior akan terlepas perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Argentina Rabu ini selepas mengalami kecederaan di paha kirinya, kata pegawai pasukan kebangsaan berikutan kecederaan yang dialaminya ketika perlawanan menentang Colombia.

Bintang Real Madrid berusia 23 tahun itu "menjalani peperiksaan pengimejan yang mengesahkan kecederaan pada otot paha kiri posteriornya," kata Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) pada hari ini.

Ia berkata Vinicius yang menjadi nadi utama di bahagian serangan Brazil terpaksa diketepikan untuk perlawanan minggu depan menentang musuh ketat dan juara Piala Dunia 2022 Argentina di Rio de Janeiro.

Vinicius sebelum ini berkata, dia mungkin tidak mampu untuk kembali cergas menghadapi Argentina.



"Berdasarkan apa yang doktor beritahu saya, ia mungkin menjadi agak sukar," katanya selepas Brazil tumbang 1-2 di Barranquilla semalam.

Vinicius meninggalkan padang pada minit ke-27 perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Colombia ketika pasukannya mendahului 1-0.

"Saya rasa ia kecederaan yang sama seperti sebelum ini. Saya rasa sakit di bahagian belakang paha," katanya.

Bintang Brazil itu sebelum ini terpaksa berehat sebulan selepas mengalami cedera paha kanannya pada penghujung Ogos dalam perlawanan liga bersama Real Madrid.​

Dia terlepas dua perlawanan kelayakan Amerika Selatan pertama Brazil menentang Bolivia dan Peru pada bulan September.

Brazil akan menentang Argentina yang kini mengungguli carta kumpulan Rabu ini di Stadium Maracana Rio.

Skuad tuan rumah yang berada di tempat kelima sudahpun kehilangan penjaga gol Ederson, pertahanan Danilo, pemain tengah dan kapten Casemiro dan bintang penyerang Neymar, semuanya kerana kecederaan.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -berdepan-argentina
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.370863 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list