View: 2356|Reply: 0
|
Ivory Coast cipta rekod 'kenduri' gol belasah Seychelles
[Copy link]
|
|
PERLAWANAN di antara Ivory Coast dan Seychelles di Stadium Olympic Ebimpe, utara Abidjan. -FOTO AFP
Johannesburg: Ivory Coast menumpaskan Seychelles 9-0 di Abidjan awal pagi tadi untuk mencipta rekod kemenangan bagi kelayakan Piala Dunia di Afrika.
Penyerang Borussia Dortmund, Sebastien Haller memulakan jaringan gol pada minit ke-20 dan Karim Konate dari Salzburg menyempurnakan kemenangan bergaya lima minit memasuki masa tambahan.
Konate dan Hamed Traore masing-masing menjaringkan dua gol dan Haller, Ibrahim Sangare, Simon Adingra, Seko Fofana serta Jean-Philippe Krasso turut mencetak nama sebagai penjaring dalam perlawanan Kumpulan F.
Seychelles, destinasi pelancongan di luar pantai timur Afrika, menduduki ranking ke-195 dalam ranking Fifa, 121 di bawah Ivory Coast.
Untuk pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2026 di Afrika, menyaksikan sembilan pasukan teratas akan digabungkan menentang sembilan pasukan terbawah, jadi ia sesuatu yang tidak dapat dielak bahawa mungkin terdapat beberapa perlawanan berat sebelah.
Mesir meledak enam gol mengatasi Djibouti pada kelmarin dalam Kumpulan A yang menyaksikan bintang Liverpool Mohamed Salah menjaringkan empat gol.
Sebelum kebanjiran gol berlaku di Abidjan, Republik Demokratik Congo, Libya dan Algeria berkongsi rekod dengan margin kemenangan lapan gol.
Ketika Ivory Coast mudah menjaringkan gol, satu lagi pasukan dari Afrika barat, Ghana terpaksa menunggu sehingga minit ke-96 sebelum Inaki Williams menyempurnakan gol tunggal untuk mereka memperoleh kemenangan 1-0 menentang Madagascar dalam Kumpulan I.
Penyerang Bilbao itu mungkin menyelamatkan tugas jurulatih Ghana, Chris Hughton dengan menanduk hantaran lintang Gideon Mensah melepasi penjaga gol Melvin Adrien di Kumasi.
"Gol ini sangat sangat bermakna buat saya kerana keluarga saya berada di stadium," kata pemain kelahiran Sepanyol, Williams selepas menjaringkan gol pertamanya untuk negara ibu bapanya.
Bekas pengurus Liga Perdana, Hughton berada di bawah tekanan besar sejak kekalahan dalam perlawanan persahabatan kepada Mexico dan Amerika Syarikat bulan lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -belasah-seychelles |
|
|
|
|
|
|
| |
|