CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2503|Reply: 0

Denmark, Albania sahkan tempat ke Euro 2024

[Copy link]
Post time 18-11-2023 12:17 PM | Show all posts |Read mode

DENMARK raikan kejayaan layak ke pusingan akhir Euro 2024. -FOTO Reuters

Paris: Denmark menempah tempat ke pusingan akhir Euro 2024 selepas kemenangan 2-1 pada perlawanan genting menentang Slovenia.

Albania turut mengikuti layak ke pusingan akhir selepas seri 1-1 di Moldova untuk memastikan mereka akan menamatkan saingan tempat kedua teratas Kumpulan E.

Dalam Kumpulan H, kedua-dua pasukan mampu melayakkan diri jika menang di Copenhagen tetapi tuan rumah lebih bertuah dengan gol pada setiap babak Joakim Maehle dan Thomas Delaney.

Jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand berkata: "Saya berpuas hati dengan keseluruhan pasukan dan dengan segala-galanya. Pemain merenung antara satu sama lain dan berkata 'jom tunjukkan kepada mereka!'"



Denmark lebih banyak menguasai babak pertama dan usaha gigih mereka berbaloi apabila Maehle meluru ke dalam kotak penalti untuk menampan masuk satu hantaran silang pada minit ke-26.

Namun kelebihan itu hanya bertahan empat minit sebelum Erik Janza melencongkan satu sepakan percuma kaki kiri melepasi Kasper Schmeichel.

Perlawanan sengit itu bagaimanapun menjadi milik Denmark sembilan minit selepas rehat apabila Delaney tenang mengawal bola dan menyudahkan gol menarik dalam kotak penalti selepas menerima umpanan Jannik Vestergaard.

Terdahulu, Albania mengesahkan tempat ke Euro 2024 sekalipun melepaskan gol penyamaan lewat aksi ketika mereka seri 1-1 di Moldova.

Sokol Cikalleshi meletakkan pelawat di depan menerusi sepakan penalti pada babak pertama dan sekalipun Vladyslav Babohlo menyamakan kedudukan tiga minit sebelum tamat, satu mata itu sudah cukup memastikan Albania berakhir di tangga dua teratas Kumpulan E.

Ia adalah penampilan kedua Albania pada kejohanan utama selepas aksi sulung mereka pada Euro 2016.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tempat-ke-euro-2024
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.919364 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list