View: 2425|Reply: 0
|
Messi mahu pemain muda Uruguay tunjuk hormat
[Copy link]
|
|
Messi bertindak mencekik leher pemain Uruguay, Mathias Olivera pada aksi kelayakan Piala Dunia.
LONDON: Kapten Argentina, Lionel Messi menegaskan bahawa pemain muda Uruguay perlu belajar menghormati pemain yang lebih berusia dari mereka.
Perkara itu dinyatakan Messi kepada TyCSports selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia dengan pasukannya tewas 0-2 kepada Uruguay.
"Saya lebih suka untuk tidak mengatakan apa yang saya fikirkan mengenai beberapa isyarat. Namun, golongan muda ini perlu belajar menghormati orang yang lebih tua.
"Permainan ini sentiasa sengit dan sukar, tetapi penuh rasa hormat. Mereka perlu belajar sedikit," kata pemenang Ballon d'Or itu.
Perlawanan itu dicemari dengan insiden panas terutamanya pada separuh masa pertama susulan kekasaran terhadap penyerang, Nicolas Gonzalez.
Reaksi pemain Argentina, Lionel Messi selepas perlawanan menentang Uruguay di Estadio La Bombonera, Buenos Aires, Argentina. - REUTERS
Beberapa pemain terbabit dalam pergaduhan yang turut menyaksikan pemain Inter Miami itu jelas berada dalam keadaan marah.
Argentina tidak pernah kalah dalam perlawanan rasmi di La Bombonera dan tidak dibolosi gol sejak hatrik Kylian Mbappe pada perlawanan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar.
Sementara itu, peminat menggelar Lionel Messi sebagai 'pemain paling dilindungi' selepas dia tidak dilayangkan kad merah berikutan insiden menyiku dan mecekik leher pemain Uruguay.
Salah seorang pengguna Twitter menulis: "Bukan hanya (kad) kuning. Saya tidak pernah melihat pemain begitu dilindungi dalam hidup saya."
Seorang lagi pengguna laman sosial sama menulis: "Ia adalah kad merah buat mana-mana pemain di dunia, namun bukan untuk pemain FIFA, Lionel Messi. Pemain paling dilindungi sepanjang zaman." - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... uguay-tunjuk-hormat |
|
|
|
|
|
|
| |
|