CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2606|Reply: 0

Euro 2024: Portugal padu pertahan rekod bersih

[Copy link]
Post time 18-11-2023 12:30 PM | Show all posts |Read mode

RONALDO berjaya meledak satu gol ketika membantu Portugal mencatat kemenangan kesembilan pada aksi kelayakan menewaskan Liechtenstein. - AFP

VADUZ – Portugal mengesahkan tempat ke pusingan akhir Euro 2024 selepas merekodkan kemenangan kesembilan dalam aksi kelayakan dengan menewaskan Liechtenstein 2-0 di Stadium Rheinpark awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad Selecao menjaringkan dua gol menerusi Cristiano Ronaldo dan Joao Cancelo, sekali gus memastikan mereka mencatat kemenangan bersih dalam sembilan perlawanan kelayakan.

Jurulatih Portugal, Roberto Martinez gembira dengan perubahan mentaliti yang ditunjukkan barisan pemainnya di separuh masa kedua selepas menampilkan aksi kurang meyakinkan di separuh masa pertama.

“Pada awal permainan, saya tidak dapat lihat keterujaan dalam diri pemain dan ia bukan disebabkan taktikal atau teknikal. Bagaimanapun, saya anggap ia satu perkara biasa dan mengharapkan perubahan.

“Memasuki separuh masa kedua, barulah saya dapat lihat perubahan dari segi mentaliti dan ia sangat positif. Apa yang penting adalah kami tidak lepaskan sebarang gol pada perlawanan hari ini (semalam),” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menganggap perlawanan tersebut rumit memandangkan mereka sentiasa mengawal keseluruhan permainan, namun Martinez kurang berpuas hati dengan tempo yang diterapkan barisan pemainnya.

“Saya tidak fikir perlawanan hari ini (semalam) sangat rumit kerana ia sama dengan perlawanan-perlawanan lain, cuma kami tidak gunakan tempo yang dimahukan. Bagaimanapun, semuanya berubah di separuh masa kedua,” ujar Martinez. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... tahan-rekod-bersih/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.193664 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list