View: 2802|Reply: 0
|
Faisal mahu menang atasi Taiwan
[Copy link]
|
|
FAISAL ledak gol keempat ke atas Kyrgyzstan dalam masa kecederaan. -FOTO Aswadi Alias
Kuala Lumpur: Penjaring gol kemenangan skuad Harimau Malaya ketika menundukkan Kyrgyzstan, Faisal Halim mahu tambahan tiga mata memihak pasukan menjelang aksi kedua Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 berdepan Taiwan di Stadium Perbandaran Taipei, Selasa ini.
Menurut Faisal, kemenangan ke atas Kyrgyzstan dengan 4-3 harus diteruskan selepas rakan sepasukannya berhempas pulas bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk memulakan misi layak ke pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia mampu direalisasikan.
"Walaupun kita menang malam ini (kelmarin ke atas Kyrgyzstan), saya tak nak pasukan kita seri atau kalah di Taiwan.
"Tak bermakna kalau kita menang malam ini tapi yang penting kita perlu konsisten dan perbaiki apa yang penting," katanya yang meledak gol keempat ke atas Kyrgyzstan dalam masa kecederaan.
Untuk rekod, ia adalah jaringan ke-14 buat Faisal di pentas antarabangsa sejak mewakili skuad Harimau Malaya pada 2019 lalu.
Jelas pemain sayap Selangor FC itu lagi, beberapa kelemahan perlu diatasi sebelum turun menentang Taiwan nanti.
"Pasukan Malaysia sekarang di 'level' lebih baik, kita tak boleh bangga sekarang. Kita masih ada baki perlawanan banyak lagi. Buat masa ini, semuanya dalam keadaan baik, kita perlu perbaiki apa kekurangan kita," katanya.
Hasil kejayaan dramatik ke atas Kyrgyzstan itu, skuad negara kini berkongsi tiga mata bersama Oman yang turut melakar kemenangan apabila menewaskan Taiwan 3-0 di Muscat.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... menang-atasi-taiwan |
|
|
|
|
|
|
| |
|