CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10985|Reply: 5

Provokasi, Lagak ‘Abang Kawasan’, Aktivis Bimbang Sikap Generasi Kedua Warga Asing

[Copy link]
Post time 19-11-2023 08:47 PM | Show all posts |Read mode
Tular video baru-baru ini, seorang lelaki yang dipercayai anak kepada seorang wanita tempatan dan pasangannya warga Bangladesh tampil melakukan provokasi apabila didatangi sekumpulan aktivis masyarakat.


Berdasarkan klip video tular, pemuda terbabit yang fasih berbahasa Melayu mempersoalkan kenapa kumpulan aktivis berkenaan menerjah premis yang dikendalikannya bersama rakan-rakan.






"Kau nak slack aku apahal," ajunya.


Dia kemudian ditenangkan seorang individu bagi mengelakkan pergaduhan berlaku.


Menurut rakaman daripada sesi siaran langsung, pelayar TikTok @cmkshukrieramly meluahkan kebimbangan selepas mendapati generasi kedua warga Bangladesh yang berada di Malaysia bertindak sebagai 'abang kawasan' dan menjaga premis kendalian pendatang asing yang lain.


"Tengok saudara, inilah yang berlaku pada Ustaz Sofian di Nilai 3, Negeri Sembilan... mereka (warga asing) dah naik kepala, anak-anak mereka jangan disentuh.


"Ini masalah apabila pihak berkuasa tidak buat tindakan yang betul daripada awal.


"Apa yang berlaku sekarang ini, anak-anak warga asing yang mana maknya dah berkahwin dengan warga asing... dia mempertahankan (rakan warga asing)," katanya.


Pernah mengalami situasi sama, pelayar terbabit mendedahkan individu tersebut akan menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan 'perlindungan'.






Susulan daripada itu, dia turut menyeru masyarakat setempat untuk bangkit memerangi warga asing yang didakwa semakin bermaharajalela.


"Saya dah tahu permainan ni sebab dah terkena hari tu.


"ihak berkuasa nak saman saya sebab terjah dan inilah keadaannya saudara di Kuantan (Pahang).


"Kami terpaksa bangkit walaupun berisiko, kita berperang dengan warga asing yang mana anaknya dah jadi generasi kedua.


"Apabila generasi kedua, dia jadi kuat dan pertahankan hak dia sedangkan warga asing daripada Bangladesh tidak boleh bekerja dalam sektor emas atau jahitan tapi di Central Point ini, kebanyakan adalah tukang jahit," tambahnya.


Malah katanya, terdapat 20 premis dikendalikan warga asing yang menjalankan perniagaan jahitan.


Tambah pelayar TikTok ini lagi, dia bertindak sedemikian bagi mempertahan hak rakyat Malaysia dan mengelakkan ekonomi masyarakat terus merundum.


Rakaman tular daripada sesi siaran langsung yang dilakukannya itu dikongsikan di pelbagai platform media sosial termasuk YouTube.


Rata-ratanya memberi sokongan kepada pelayar terbabit dan ramai berharap tindakan tegas daripada pihak berkuasa bagi mengekang perkara tersebut.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2023 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah yang terjadi bila pihak pihak tutt ambil suap duit.
Merata rata puak puak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 09:51 PM | Show all posts
Kat Selayang tu aku dah tak boleh beza mana 1 Rohingya, Indo ngan Meleis. Rupa lebih Kurang sama je
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 07:22 AM | Show all posts
masalah warga asing ni dh jd barah kat Mesia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia boleh kann..tp jati diri tu mmg tgk kureng compare negara jiran.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangla duit lagi banyak dari warga tempatan.lagi2 yg dok lama ramai kenal warga tmptn..tu besar kapla.rasa ada bekap bsr
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 1.082128 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list