View: 1046|Reply: 0
|
[Terengganu]
3 stesen di Kuala Nerus rekod terima hujan lebih 90 mm
[Copy link]
|
|
Keadaan banjir yang melanda Sekolah Kebangsaan Seri Budiman berikutan hujan lebat hari ini. FOTO BERNAMA
Kuala Terengganu: Tiga stesen di daerah Kuala Nerus merekodkan penerimaan hujan lebat melebihi 90 milimeter (mm) dalam tempoh tiga jam.
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Nerus, ia membabitkan stesen Universiti Malaysia Terengganu (UMT), stesen UMT (F1) dan stesen Kampung Jeram.
Stesen UMT merekodkan penerimaan hujan 92 mm, stesen UMT F1 (91 mm) dan stesen Kampung Jeram (90 mm) dalam tempoh enam jam manakala stesen Padang Kemunting merekodkan penerimaan hujan 75.5 mm dalam tempoh sama.
Taburan hujan semasa tertinggi direkodkan di stesen UMT kategori lebat apabila mencatatkan penerimaan hujan 47 mm dalam tempoh satu jam.
Terdapat beberapa lokasi dilaporkan dinaiki air iaitu Taman Perumahan Gong Badak 3, Taman Murni Permai dan Banggol Tok Jiring.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-hujan-lebih-90-mm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|