CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1360|Reply: 0

De Gea tolak peluang sertai bekas rakan sepasukan

[Copy link]
Post time 20-11-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode

DE GEA dilaporkan menolak tawaran untuk menyertai bekas rakan sepasukan Manchester United, Ronaldo meskipun gaji ditawarkan lebih hebat berbanding di Old Trafford.

LONDON – Penjaga gol, David De Gea dilaporkan telah menolak peluang untuk menyertai bekas rakan sepasukan Manchester United, Cristiano Ronaldo di Arab Saudi.

De Gea tanpa kelab sejak meninggalkan Old Trafford pada musim panas dengan pengurus United, Erik ten Hag telah menandatangani penjaga gol antarabangsa Cameroon, Andre Onana untuk menggantikan bintang Sepanyol itu.

Meskipun spekulasi kencang mengaitkan De Gea dengan setiap pasukan di setiap sudut dunia bola sepak, pemenang anugerah Sarung Tangan Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu itu masih kekal tanpa kelab.

Bagaimanapun, menurut laporan dari The Sun, penjaga gol itu baru-baru ini menolak peluang untuk mendapatkan pakej gaji yang lumayan di kelab liga Pro Saudi, Al-Nassr.

Walaupun kontrak yang ditawarkan dalam lingkungan £500,000 seminggu (RM2.914 juta) seminggu terbukti lebih lumayan berbanding perjanjiannya di Old Trafford sebelum ini, De Gea dikatakan telah menolak peluang tersebut, bahkan isterinya tidak berminat untuk berpindah ke Timur Tengah.

Pada masa sama, perpindahan ke Major League Soccer (MLS) juga dikatakan berada di atas meja untuk De Gea, dengan Inter Miami yang diasakan bersama David Bekham dikatakan berminat untuk membawa bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu ke Stadium DRV PNK. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... as-rakan-sepasukan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.183729 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list