View: 1343|Reply: 0
|
Perlawanan akhir Copa America 2024 berlangsung di Miami
[Copy link]
|
|
STADIUM Hard Rock bakal menjadi gelanggang akhir Copa America 2024. FOTO Agensi
Miami: Edisi ke-48 Copa America tahun depan, yang menampilkan 10 negara Amerika Selatan dan enam pasukan Amerika Utara, akan bermula di Atlanta dan berakhir di Miami.
Badan induk bola sepak Amerika Selatan, CONMEBOL berkata, aksi pembukaan pada 20 Jun akan diadakan di Stadium Mercedes-Benz di Atlanta dengan perlawanan akhir pada 14 Julai di Stadium Hard Rock di Miami Gardens, Florida.
Stadium NFL, yang kedua-duanya menganjurkan Super Bowl, akan menjadi antara venue di Amerika Syarikat (AS) untuk edisi khas acara itu, yang biasanya diadakan di Amerika Selatan tetapi akan dihoskan pada 2024 oleh AS
"Kami menjangkakan stadium dipenuhi dengan keghairahan seluruh benua Amerika untuk perasmian dan perlawanan akhir Copa America yang tidak dapat dilupakan," kata Presiden CONMEBOL, Alejandro Dominguez.
"Kami menantikan Copa America terbaik sepanjang zaman."
Kelayakan untuk enam tempat CONCACAF dalam acara itu sedang berlangsung, dengan empat pasukan bakal diputuskan esok dan dua lagi ditentukan pada perlawanan play-off Mac 2024.
Acara itu akan menjadi penambahbaikan untuk AS menjelang Piala Dunia 2026, di mana mereka akan menjadi tuan rumah bersama Mexico dan Kanada.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... erlangsung-di-miami |
|
|
|
|
|
|
| |
|