CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1343|Reply: 0

Aura Maracana mampu sekat Messi

[Copy link]
Post time 21-11-2023 11:45 AM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Brazil mempersiapkan diri menjelang pertemuan dengan Argentina. FOTO AFP

Rio De Janeiro: Saingan sengit antara Brazil dan Argentina bakal melanda apabila juara dunia diketuai Lionel Messi berdepan tuan rumah yang bergelut dalam pertembungan kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan di Rio de Janeiro awal pagi esok.

Pemenang Piala Dunia lima kali Brazil akan bergantung kepada peminat mereka di Stadium Maracana selepas tiket habis dijual untuk memberi memperoleh rangsangan tambahan apabila tumpas dua aksi berturut-turut pusingan kelayakan buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Ketika mereka bergelut dengan kecederaan pemain utama seperti Neymar dan Vinicius Jr, pengurus sementara, Fernando Diniz mesti menggunakan pasukan muda menentang Argentina tetapi beliau jamin akan kekal dengan identiti Brazil walaupun menentang pemain hebat seperti Messi.

"Pasti, anda tidak boleh risau mengenai pemain sebesar itu. Tetapi kami perlu bermain permainan kami kerana kami cuba membendung semua kapasiti kreatif yang dia ada," kata Diniz pada sidang media.



"Berurusan dengan Messi jelas berbeza dan anda perlu risau. Mustahil untuk tidak bimbang mengenai pemain sehebatnya dan kuasa membuat keputusan yang dia ada."

Diniz berkata beliau menjangkakan suasana yang hebat tetapi hangat di Maracana, dengan peminat menantikan Brazil membalas dendam kekalahan final Copa America kepada Argentina dua tahun lalu.

Tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir, Brazil jatuh ke tangga kelima dalam kedudukan Amerika Selatan dengan tujuh mata daripada lima perlawanan selepas tewas 1-2 kepada Colombia.

Mereka berada di bawah tekanan berat ketika mereka bersedia untuk berdepan seteru utama, Argentina, yang mendahului kedudukan dengan 12 mata.

"Saya harap kami bermain dengan baik dan peminat boleh bermain bersama-sama dengan pasukan mewujudkan persekitaran yang hebat," kata Diniz.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-mampu-sekat-messi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.031355 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list