CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3540|Reply: 0

[Kelantan] Mangsa banjir di Terengganu meningkat, Perak kekal

[Copy link]
Post time 21-11-2023 12:44 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kota Bharu: Sebanyak 160 pangkalan hadapan di Kelantan bersiap sedia untuk mengagihkan bekalan keperluan bencana banjir ke 456 pusat pemindahan sementara (PPS) yang diwartakan di negeri itu pada musim tengkujuh tahun ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan Said Sidup berkata peruntukan sebanyak RM1.7 juta untuk membeli bekalan keperluan bencana seperti makanan dan bantuan lain akan terus dihantar ke PPS yang terlibat apabila menerima arahan daripada ketua jajahan di kawasan terbabit.

"JKM Kelantan telah membuat persiapan awal dengan menghantar bekalan keperluan bencana di 160 pangkalan hadapan dan sudah melantik jawatankuasa di PPS bagi melicinkan urusan membantu mangsa banjir.

"Berdasarkan pengalaman bencana banjir sebelum ini, jajahan Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tanah Merah antara kawasan yang awal PPS dibuka di Kelantan, tetapi kita sentiasa memberi perhatian di semua kawasan dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Sebelum ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Aiman Athirah Sabu berkata barangan keperluan bencana sudah dihantar dari depoh utama negeri ke pangkalan hadapan bagi mengelakkan berlakunya kelewatan bantuan.

Monsun timur laut berlaku bermula November hingga Mac tahun depan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-keperluan-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.624328 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list