CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4449|Reply: 0

[Perak] Pantai Kota Kulit Kerang boleh dibangunkan sebagai destinasi pelancongan

[Copy link]
Post time 21-11-2023 01:09 PM | Show all posts |Read mode

SUASANA di Pantai Kota Kulit Kerang di Pengkalan Baharu, Pantai Remis yang menjadi tarikan pelancong. - UTUSAN/SHAMSUL KAMAL AMARUDIN


BERUAS: Pantai Kota Kulit Kerang yang terletak di Pengkalan Baharu, Pantai Remis, dekat sini, dijangka bakal dibangunkan sebagai destinasi pelancongan baharu apabila kawasan itu diambil alih oleh Majlis Perbandaran Manjung (MPM) nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Baharu, Azman Noh, berkata pihak MPM sudah mengemukakan permohonan untuk mengambil alih kawasan seluas dua hektar itu di bawah Permit Penggunaan dari Jabatan Perhutanan Negeri, untuk dijadikan kawasan pelancongan.

“Kawasan ini masih di bawah penyeliaan Jabatan Perhutanan negeri.

“Kita sedar jika MPM tidak mengambil alih kawasan ini, maka sebarang projek tidak dapat dibuat kerana status tanah masih di bawah Jabatan Perhutanan negeri, iaitu merupakan kawasan larangan dan masih perlu mendapat permit untuk membuat sesuatu di situ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan Utusan Malaysia semalam mengenai pantai tersebut yang menjadi lokasi tarikan terbaharu untuk dikunjungi di daerah Manjung, sejak dibuka beberapa bulan lalu.

Menurutnya, apabila MPM berjaya memperolehi Permit Penggunaan, beliau yakin semua keperluan asas seperti tandas, kawasan meletak kenderaan, kedai makan dan surau dapat disediakan di situ.

Beliau menjelaskan ia sekali gus dapat menarik minat lebih ramai orang awam terutama pelancong untuk datang ke situ.

Justeru, beliau berharap proses pemberian Permit Penggunaan itu akan segera dibuat supaya perancangan pembangunan dapat dibuat segera di pantai tersebut.

“Adalah menjadi hasrat saya untuk menjadikan kawasan itu sebagai pantai destinasi pelancongan ketiga di daerah Manjung selepas Teluk Batik dan Teluk Senangin (selain Pulau Pangkor).

“Ia kerana keistimewaan di Pantai Kota Kulit Kerang ialah dapat melihat pemandangan matahari terbenam yang cantik ketika senja menjelang,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berharap pengunjung dapat menjaga kebersihan dan jangan menebang atau memusnahkan pokok-pokok di situ kerana bukan sahaja akan mencemarkan persekitaran di situ tetapi juga boleh memberi imej lokasi tersebut. -UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... tinasi-pelancongan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:14 PM GMT+8 , Processed in 1.357231 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list