|
Suasana di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, Marang. - NSTP/NAZDY HARUN
KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat daripada 1,482 kepada 1,679 orang dalam tempoh dua jam bermula jam 10 pagi ini.
Sehingga jam 12 tengah hari, seramai 1,679 mangsa daripada 462 keluarga dipindahkan ke 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Setiu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, Kuala Nerus mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu 740 orang daripada 199 keluarga dan ditempatkan di tujuh PPS.
Katanya, jumlah mangsa banjir di daerah Kuala Terengganu adalah 654 mangsa daripada 191 keluarga dan ditempatkan di empat PPS.
"Di Marang, dua PPS dibuka menempatkan 259 mangsa daripada 66 keluarga manakala 26 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan di dua PPS di Marang.
"Jumlah mangsa banjir menunjukkan peningkatan dan hujan masih melanda di beberapa tempat," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ganu-terus-melonjak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|