CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4536|Reply: 0

[Terengganu] Besut daerah terbaharu terjejas banjir di Terengganu

[Copy link]
Post time 21-11-2023 06:54 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk menolak motosikal terkandas banjir ketika tinjauan di Kampung Alor, Surau Panjang. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Besut menjadi daerah kelima di Terengganu dilanda banjir menerusi banjir gelombang pertama yang bermula semalam.

Ia susulan pembukaan satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut bagi menempatkan 253 mangsa daripada 54 keluarga.

Ia menjadikan keseluruhan mangsa yang terjejas akibat bencana itu adalah seramai 2,751 mangsa setakat jam 4 petang tadi.

Kesemua mangsa daripada 735 keluarga itu ditempatkan di 18 PPS di lima daerah di negeri ini.



Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Kuala Nerus terus merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu seramai 1,105 orang daripada 295 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS.

Seramai 771 mangsa daripada 228 keluarga di tempatkan di empat PPS di daerah Kuala Terengganu.

Di Marang, seramai 152 keluarga berlindung di dua PPS iaitu SK Bukit Gasing dan SK Rusila.

Bagaimanapun, jumlah mangsa di Setiu kekal seramai 26 mangsa daripada enam keluarga.

Mereka ditempatkan di di PPS Balai Raya Kampung Bintang dan Balai Raya Kampung Baru Besar.

Keadaan cuaca ketika ini hujan di beberapa tempat dan dijangka jumlah mangsa akan meningkat.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anjir-di-terengganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 1.752368 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list