CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2494|Reply: 0

[Terengganu] Wanita diabetes harung hujan dengan paha luka pembedahan berbalut plastik

[Copy link]
Post time 22-11-2023 05:48 PM | Show all posts |Read mode

Suhada (dua dari kiri) bersama empat anaknya ketika ditemui di PPS SK Kuala Besut hari ini.

BESUT – Seorang wanita terpaksa meredah banjir dalam keadaan paha kanan berbungkus dengan plastik setelah rumahnya di Kampung Kayu Kelat 8, Kuala Besut di sini hari ini.

Suhada Rani, 47, berkata, dia terpaksa membalut paha kanannya itu bagi melindungi luka pembedahannya yang masih belum sembuh.

“Saya takut luka pembedahan akibat membuang bisul pada bulan lalu yang masih belum sembuh terkena air.

“Bimbang luka melarat dan terkena jangkitan kuman pula memandangkan saya merupakan pesakit diabetes,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut di sini hari ini.

Suhada memberitahu, dia terpaksa meredah banjir setinggi paras pinggang dari rumahnya yang ditenggelami banjir untuk ke PPS.

Tambahnya, sepatutnya dia mempunyai janji temu rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan kelmarin.

“Begitupun janji temu itu terpaksa ditangguhkan ekoran laluan utama ditenggelami banjir. Saya hubungi pihak hospital minta tunda (tarikh janji temu). Tidak sangka tidak lama selepas itu, rumah saya pula dinaiki air,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... n-berbalut-plastik/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.208739 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list