Edited by kruzaman at 27-11-2023 03:19 AM
Pembeli cari penjual! Ehhhhh…biar betul, bunyi pun agak pelik. Bila berniaga kena keluar cari pelanggan, buat promosi supaya orang datang membeli.
Orang menjual jeruk mangga di persimpangan lampu isyarat pun kena bergerak dari kenderaan ke kenderaan yang lain.
Berdiri tegak tanpa berbuat apa-apa, hanya mengharapkan orang datang membeli, boleh habis ke barangan yang dijaja.
Itulah persoalan utama apabila sebut sahaja berniaga, nak kena ada kedai, nak kena pelawa dengan muka yang manis. Kalau tidak tak lakulah, pemikiran sebegini sudah sinonim dalam masyarakat kita dan para peniaga.
Sebenarnya, bukan susah sangat hendak suruh orang datang cari kita untuk membeli, malah yang tinggal jauh pun sanggup datang. Betul ke ni?
Anda tahu tak setakat bulan Januari 2023, terdapat 33 juta pengguna internet di Malaysia, 96 peratus daripadanya menggunakan Google sebagai enjin carian internet. Manakala 76 peratus daripada mereka mencari maklumat bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi.
Setiap perkataan yang dicari, Google ada pengkalan datanya, ambil contoh perkataan 'jeruk mangga' ada 2,400 carian untuk bulan Oktober lepas. Setiap bulan jumlah angka yang mencari akan sentiasa berubah dan ada pencari baru.
Sekiranya anda berniaga jeruk mangga, bolehkah 2,400 yang mencari tu jumpai anda pada muka hadapan Google apabila mereka mencari? Insha Allah jawapanya boleh, dengan syarat anda kena lakukan secara sistematik.
Menariknya ianya adalah PERCUMA, hanya sekali buat saja dan sampai bila-bila pun orang akan nampak. Kalau 10 peratus pengemar jeruk mangga nampak anda dan datang kepada anda berapa agaknya yaaaa… Inilah yang dikatakan PEMBELI CARI PENJUAL.
|