CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5078|Reply: 2

[Politik] Penilaian Anwar sebagai PM merosot - Kaji selidik Merdeka Center

[Copy link]
Post time 22-11-2023 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Kaji selidik Merdeka Center mendedahkan kadar penilaian kelulusan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri merosot kepada 50 peratus.

Hasil kajian tersebut turut mendapati sehingga Oktober lalu, sebanyak 48 peratus responden tidak berpuas hati dengan prestasi Anwar dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

“1,220 responden berumur 18 tahun ke atas telah ditemu bual melalui telefon secara tetap dan talian mudah alih.

“Responden kaji selidik adalah daripada semua negeri di seluruh Semenanjung Malaysia merangkumi Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Daripada jumlah responden, 52 peratus adalah dari kalangan responden Melayu, Cina (29 peratus), India (tujuh peratus) manakala enam peratus bagi Bumiputera bukan Islam dan Bumiputera Islam.

Dalam pada itu, tinjauan yang sama turut menyaksikan majoriti responden iaitu 48 peratus merasakan bahawa negara berkemungkinan menuju ke arah yang salah.

“Sentimen negatif pengundi berhubung hala tuju negara berikutan kebimbangan terhadap perkembangan ekonomi dan faktor inflasi,” ujarnya.

Mengulas lanjut, sebanyak 28 peratus responden pula berpandangan bahawa negara mungkin menuju ke hala tuju yang betul.

Dalam perkembangan sama, 18 peratus responden yakin negara menuju ke hala tuju yang salah manakala sembilan peratus tidak tahu atau enggan menjawab soalan berkenaan.

Hanya tiga peratus responden yang yakin bahawa negara menuju ke hala tuju yang betul.


https://www.sinarharian.com.my/article/635952/berita/nasional/penilaian-anwar-sebagai-pm-merosot---kaji-selidik-merdeka-center
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Xperlu buat penilaian pun dah tahu ramai yg dah meluat dgn piyem bapok tuaa tu keje hauk...aku tgk komen2 dekat semua socmed pun byk yg mengutuk bapok tu pastu dorg bagi emoji ketawa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2023 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
…kadar penilaian kelulusan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri merosot kepada 50 peratus...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.168493 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list