CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 830|Reply: 0

[Kelantan] Orang Asli Pos Tohoi pula diancam harimau belang

[Copy link]
Post time 23-11-2023 04:50 PM | Show all posts |Read mode

Kesan tapak kaki harimau belang di kawasan kebun getah penduduk Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang. -Foto PENDUDUK

GUA MUSANG – Kira-kira 800 penduduk Orang Asli di Pos Tohoi di sini hidup dalam ketakutan selepas ada antara mereka melihat seekor harimau yang berkeliaran di kawasan kampung dan kebun getah lebih seminggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Tohoi, Ajeh Baharom berkata, haiwan liar itu dilihat pertama kali berkeliaran di kawasan kampung pada Isnin minggu lalu.

Katanya, penduduk percaya haiwan liar itu masih berkeliaran di kawasan kebun getah penduduk apabila menjumpai kesan tapak kaki harimau.

“Kelibat harimau belang dikesan kali pertama dilihat penduduk pada Isnin minggu lalu dan haiwan liar itu dipercayai masuk ke penempatan penduduk melalui sebelah asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi.

“Harimau terbabit berkeliaran di kawasan kampung selama empat hari sehingga menimbulkan ketakutan kepada kami di sini. Kelibat haiwan itu dikesan dua hari lalu di kawasan perkampungan kami,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Ajeh memberitahu, penduduk kampung belang sudah membuat laporan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berhubung perkara itu.

Katanya, pihak Perhilitan sudah datang dua hari lalu dan dia sendiri membawa anggota Perhilitan ke kawasan kelibat harimau belang berkeliaran dan kesan tapak kakinya.

“Kami takut untuk ke kebun dan berkerja sehingga agak susah untuk mencari makan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Ali Angah, 49, berharap pihak Perhilitan dapat mengambil tindakan segera termasuk memasang perangkap untuk menjamin keselamatan dan meredakan kebimbangan penduduk di kawasan itu.

Katanya, keluarganya ketika ini hanya berkurung di dalam rumah dan tidak ke kebun kerana takut dengan ancaman harimau belang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan dan Terengganu, Zarina Razlan berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada penduduk Orang Asli berkaitan ancaman haiwan liar seperti gajah dan harimau di kawasan penempatan terbabit.

Katanya, pihaknya berharap penduduk Orang Asli tidak melakukan tindakan sendiri yang boleh mengancam nyawa dan keselamatan ahli keluarga mereka. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... cam-harimau-belang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.307519 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list