CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2444|Reply: 0

[Kelantan] 30 hektar padi ditenggelami banjir

[Copy link]
Post time 24-11-2023 03:04 PM | Show all posts |Read mode
30 hektar padi ditenggelami banjir

oleh ADILA SHARINNI WAHID
24 November 2023    01:49pm








Ahmad Nashruddin menunjukkan padi yang rosak akibat hujan berterusan. Gambar kecil dari kiri: Hassan, Ismail



TUMPAT - Lebih 20 pesawah mengalami kerugian dianggarkan berjumlah RM120,000 selepas 30 hektar padi ditenggelami banjir setinggi 0.5 meter di Bendang Pak Yong di sini akibat hujan sejak seminggu lalu.

Pesawah, Ahmad Nashruddin Harun, 32, berkata, keseluruhan padi diusahakan di tanah seluas 12 hektar termasuk 4.5 hektar di kawasan bendang tersebut.



Ujarnya, hujan menyebabkan bendang itu dinaiki air dan proses untuk menuai padi tidak dapat dijalankan.

“Padi ditanam pada pertengahan Julai lalu, ketika ini sudah masak dan sepatutnya boleh dituai tetapi tidak dapat dilakukan.



“Bendang dinaiki air menyebabkan tanah sawah menjadi lembik dan tidak boleh dimasuki jentera untuk kerja-kerja menuai selain padi rosak serta bertukar warna kehitaman,” katanya ketika ditemui di Bendang Pak Yong di sini pada Jumaat.


Ahmad Nashruddin menunjukkan padi yang rosak akibat tenggelam banjir.




Menurut Ahmad Nashruddin, lebih malang apabila tanaman padi di tanah seluas 4.5 hektar di Ladang Merdeka, Kajang Sebidang di sini juga turut tenggelam sepenuhnya dalam banjir setinggi 0.7 meter.

“Selebihnya 4.5 hektar di Jejulok dan Derdap masih selamat, harap sempat untuk dituai,” ujarnya.




Ismail Pachu, 78, berkata, keadaan yang dihadapi oleh pesawah berpunca daripada banjir termenung pada Februari lalu yang menyebabkan padi musim pertama dan kedua lambat ditanam.

“Sepatutnya padi musim pertama ditanam pada Januari tetapi kerana air masih bertakung dan lambat kering, maka proses hanya bermula pada Februari sebelum selesai pada Mei.

“Sebab itu, musim kedua juga bermula lewat pada pertengahan bulan Julai ditambah dengan cuaca hujan lebih awal mengakibatkan 2.2 hektar tanaman padi saya rosak dan rugi sehingga RM8,000,” katanya.











Pintu air yang tertutup di Kubang Tok Che.




Sementara itu, petani, Hassan Daud, 53, berkata, kampung berkenaan belum lagi mengalami banjir namun hujan berterusan menyebabkan bendang ditenggelami air

Katanya, masalah pintu air di tali air Kubang Tok Che yang tidak dibuka juga menyebabkan laluan air keluar ke Sungai Golok menjadi perlahan.

“Saya harap pihak berwajib boleh membantu untuk menyelesaikan masalah ini dengan membuka pintu air.

“Sekurang-kurangnya, tanaman padi yang belum ditenggelami air boleh diselamatkan,” ujar Hassan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.317020 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list