CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 733|Reply: 0

[Kelantan] Guru rugi RM259,000 dijerat sindiket 'phone scam'

[Copy link]
Post time 25-11-2023 12:50 PM | Show all posts |Read mode

KOTA BHARU: Seorang guru lelaki kerugian RM259,000 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam'.

Mangsa berusia 53 tahun itu tampil membuat laporan polis, kelmarin, selepas menyedari dirinya ditipu oleh suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata terdahulu mangsa dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri kononnya dari Pusat Respons Scam Kebangsaan pada 26 Oktober lalu.

Beliau berkata, mangsa kemudian dihubungi seorang individu mendakwa konon dirinya adalah pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Ipoh, dan menuduh mangsa terbabit pengubahan wang haram.



"Mangsa diminta memindahkan semua wangnya ke dalam dua akaun yang diberikan suspek.

"Disebabkan percaya dan takut, mangsa membuat pemindahan semua wang ke dalam dua akaun bank yang didakwa kononnya dimiliki oleh juruaudit Bank Negara untuk tujuan audit forensik.

"Mangsa membuat 10 transaksi berjumlah RM259,000 antara 30 Oktober hingga 8 November lalu.

"Bagaimanapun, mangsa menyedari diri ditipu selepas wang miliknya tidak dikembalikan sebagaimana dijanjikan suspek" katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Mohd Rosdi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

https://www.bharian.com.my/berit ... sindiket-phone-scam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.168738 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list