CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 614|Reply: 0

[Kelantan] Bot penambang penyambung 'nyawa' penduduk

[Copy link]
Post time 26-11-2023 10:42 AM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK Pasir Kelang terpaksa menggunakan perkhidmatan bot penambang untuk berulang alik susulan kenaikan paras air sungai sejak tiga hari lalu. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kuala Krai: Sejak tiga hari lalu, perkhidmatan bot penambang terpaksa digunakan untuk menyeberangi Sungai Kelantan di Kuala Krai.

Ia susulan feri yang menghubungkan Pasir Kelang dan Pasir Era yang digunakan sebagai pengangkutan utama kepada 15,000 penduduk dari enam kampung iaitu Kampung Pasir Kelang Lama, Pasir Kelang Baru, Sungai Taku, Taku Estet, Kampung Bahagia, dan Kampung Buyong Darul Hijrah terpaksa dihentikan operasi sementara waktu akibat kenaikan paras air sungai.

Pemandu bot, Asrol Akif Jazlan, 23, berkata, perkhidmatan bot penambang milik Koperasi Pasir Kelang Berhad terpaksa digunakan untuk menyeberangi sungai bagi memudahkan urusan penduduk yang dipisahkan dari kampung seberang oleh Sungai Kelantan yang hendak berulang-alik ke bandar Kuala Krai.

Katanya, keadaan cuaca yang tidak menentu, selain hujan lebat sekali-sekala sejak Khamis lalu menyebabkan paras air sungai naik sekali gus sukar untuk membawa kenderaan berat seperti kereta menggunakan feri seperti kebiasaan.



"Setiap kali musim tengkujuh, bot penambang menjadi nadi pengangkutan utama kepada penduduk di kawasan ini.

"Sejak operasi feri dihentikan buat sementara waktu, dalam sehari saya yang turut dibantu, Wan Azhar Wan Hamad, 45, terpaksa berulang alik 50 kali bagi menyeberangi sungai dengan jarak antara satu jeti ke satu jeti adalah kira-kira 150 meter untuk membawa penumpang menggunakan bot.

"Pada satu-satu masa, bot penambang ini hanya boleh memuatkan antara lima hingga 10 penumpang serta dua motosikal," katanya ketika ditemui di jeti Kampung Pasir Era, semalam.

Asrol Akif berkata, bot tambang yang digunakan bagi menggantikan perkhidmatan feri mula beroperasi dari 7 pagi hingga 10 malam untuk membawa penduduk di beberapa kampung menyeberangi sungai dengan tambang yang dikenakan adalah RM1 bagi setiap individu, manakala motosikal RM2 dan pelajar sekolah yang dalam perjalanan pergi serta pulang dari sekolah tidak dikenakan bayaran.

"Kebiasaannya perkhidmatan feri dihentikan operasi sehingga seminggu dan ada kalanya lebih seminggu bergantung kepada paras air sungai dan dalam tempoh itu penduduk hanya menggunakan bot penambang bagi menyeberangi sungai.

"Setiap kali mengemudi bot, terutamanya ketika musim tengkujuh saya perlu sentiasa berwaspada serta berhati-hati bagi memastikan keselamatan penumpang berikutan arus sungai yang deras," katanya yang sudah dua tahun berpengalaman mengemudi bot.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bung-nyawa-penduduk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.497822 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list