View: 2895|Reply: 0
|
[Kelantan]
Laksana Pisma tangani banjir kilat di Kota Bharu
[Copy link]
|
|
TINJAUAN aliran trafik menjadi perlahan akibat air hujan bertakung sejak pagi tadi di Jalan Besar Pasir Hor menghala masuk ke Jalan Bandar Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (Pisma) di daerah ini bagi mengenal pasti punca banjir kilat yang sering berlaku.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr Izani Husin berkata, kajian itu perlu dilakukan sebagai rujukan dalam merancang infrastruktur saliran serta mengenal pasti langkah-langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang secara komprehensif bagi menangani kejadian banjir kilat.
"Selain itu, kerajaan negeri juga melalui perunding yang dilantik sudah menghasilkan Pelan Hidrologi dan Sistem Saliran Bandar bagi kawasan pembangunan Bandar Baru Tunjong dan kawasan sekitar untuk mengatasi banjir dan sistem perparitan.
"Kita juga membina dan menaik taraf longkang dan saliran sedia ada kesemua kawasan tadahan dan 'invert level' sebagaimana yang diperakukan Kajian Hidrologi dan Sistem Saliran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tuan Shaari Mat Yaman (Pas-Bunut Payong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.
Terdahulu, Tuan Shaari mengemukakan soalan berhubung langkah-langkah yang diambil kerajaan negeri bagi mengatasi banjir kilat dan masalah perparitan di sekitar Kota Bharu.
Mengulas lanjut, Dr Izani berkata, kerja-kerja menaik taraf Sungai Seribong dan tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) S5K juga dilakukan bagi dijadikan saliran utama mengalirkan air ke Laut China Selatan serta meninggikan aras pelantar tapak di kawasan pembangunan agar semua tapak berada pada aras selamat banjir.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kilat-di-kota-bharu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|