CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3522|Reply: 0

[Terengganu] Bapa derita lelah kronik terpaksa jual kereta demi hidup

[Copy link]
Post time 26-11-2023 02:49 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Azrul menghidap penyakit lelah kronik mengambil keputusan untuk menjual kereta miliknya bagi meneruskan kelangsungan hidup. FOTO Nazdy Harun

Marang: "Walaupun luaran nampak sihat, derita penyakit lelah kronik membataskan pergerakan saya untuk melakukan kerja bagi menyara keluarga seperti dulu," kata Mohd Azrul Zakaria, 34.

Mohd Azrul dari Kampung Gondang, di sini, berkata dia menghidap penyakit terbabit sejak dua tahun lalu dan keadaan bertambah teruk sejak setahun kebelakangan ini.

Menurutnya, desakan hidup mendorongnya mengambil keputusan untuk menjual satu-satunya kereta Proton Savvy bagi meneruskan kelangsungan hidup keluarganya.

"Dulu saya dapat melakukan pelbagai pekerjaan antaranya kerja kampung, membaiki kenderaan dan mengambil upah membaiki paip.

.

"Namun, kini saya sudah tidak boleh melakukan pekerjaan berkenaan kerana masalah kesihatan, tetapi ada waktunya terpaksa juga keluar mencari barangan lusuh untuk dijual sebagai sumber pendapatan," katanya.

Menurutnya, isterinya Noor Aqilah Mohd Zurin, 29, yang juga suri rumah pula mengalami masalah kurang pendengaran dan kini menumpang teduh di rumah ibunya Zaleha Ismail, 57, yang berstatus seorang ibu tunggal.

Katanya, dia mempunyai dua cahaya mata iaitu Noor Khaira Alesha, 5, dan Muhammad Arif Khalish, 12 bulan, sekali gus memerlukan perbelanjaan tinggi termasuk membeli lampin pakai buang dan susu.

"Macam mana hendak melakukan kerja seperti dulu kerana keadaan saya kini cepat semput dan sukar bernafas. Saya sangat gusar berikutan tidak dapat mencari nafkah buat keluarga seperti dulu.

"Berat badan juga susut dan kudrat tidak seperti dulu untuk melakukan kerja-kerja berat kerana sekarang cepat lesu.

"Saya makan apa yang ada saja dan ada juga orang yang datang menghulurkan sumbangan kerana mengetahui kesempitan hidup yang saya la

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan suumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0610029000477181 atas nama Mohd Azrul Zakaria.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-kereta-demi-hidup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.061988 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list