View: 2894|Reply: 0
|
[Pahang]
Tak sangka air naik selepas hujan lebat sejam
[Copy link]
|
|
KERJA pembersihan kawasan terjejas dilaksanakan selepas banjir kilat di kawasan Bukit Tinggi. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Bentong: Banjir kilat yang melanda kawasan Bukit Tinggi di sini, malam tadi, didakwa kali kedua berlaku tahun ini, selepas kali pertama pada Februari lalu.
Seorang peniaga mahu dikenali Anthony berkata, kejadian berlaku selepas hujan lebat berterusan bermula kira-kira 7 malam.
"Hujan lebat tanpa henti hanya satu jam saja sebelum secara tiba-tiba air naik mendadak dan arus sangat deras.
"Memang sebelum ini kawasan Bukit Tinggi pernah banjir tapi semalam kita tak sangka pula hujan dalam masa singkat saja sudah boleh berlaku banjir.
"Saya tidak sempat berbuat apa-apa dan banyak peralatan yang rosak serta dihanyutkan arus," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurut Anthony, sejak kebelakangan ini kawasan berkenaan kerap dinaiki air apabila hujan lebat berterusan berbanding sebelum ini tidak pernah berlaku banjir.
Katanya, keadaan sungai yang semakin cetek dan dipercayai tidak diselenggara berkemungkinan menyebabkan berlakunya banjir.
Beliau berharap pihak berkaitan menjalankan siasatan dan segera menyelesaikan isu terbabit bagi mengelak kejadian sama berulang.
Sementara itu, kerja pembersihan kawasan terjejas sudah dilaksanakan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bersama bomba sukarelawan serta pelbagai agensi lain.
Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, arus deras turun dari kawasan tinggi hingga membanjiri kawasan rendah di pekan Bukit Tinggi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-hujan-lebat-sejam |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|